Assalamualaikum Semua
Bertemu kembali. Alhamdulillah,terima kasih Allah atas segala nikmat dan peluang yang masih diberi. Nikmat ketenangan hati dan diri.Mendoakan yang baik-baik juga buat kalian yang singgah disini. Seperti selalu,perkongsian disini hanyalah cerita tentang hati. Terima kasih dan saya terlalu menghargai..
Sekadar ingin berkongsi bersama kalian,jika kalian nampak disebelah ini [kanan] ada saya letak lagu Ujian Hidup yang dinyanyikan oleh Imam Muda Musim I. Secara tidak sengaja saya singgah di laman mukabuku Imam Muda Asyraf dan beliau ada berkongsi link lagu ini dilaman tersebut. Selepas pertama kali mendengarnya saya terus jatuh hati dengan lagu ini. Ia seakan menceritakan perasaan yang sedang saya lalui. Liriknya pasti menyentuh hati sesiapa saja. Ditambah dengan melodi yang sungguh indah sekali pada saya.Harap kalian juga suka.
Lagu Ujian Hidup adalah antara lagu yang dimuatkan dalam Album Imam Muda; " Memecah Tradisi" yang akan menjengah pasaran minggu hadapan untuk pasaran Malaysia & Brunei. Jangan lepaskan peluang untuk memilikinya!!! Album ini berharga RM19.90 dan turut memuatkan dua lagu lain antaranya HambaMu [Mawi& Akil Hayy] dan Pejuang Agama [ Imam Muda II ]
Saya kongsikan juga disini lirik lagu Ujian Hidup untuk kalian hayati bersama.
Ketika hidupku tertekan
Mengaburi pedoman
KepadaNya akan kupergi
Untuk mencari bimbingan
Kuserah takdir di tanganNya
Mengukir perjalanan
Biar ujian hidup melanda
Kutabah menerima kerana
Walaupun tak dikurnia kemasyhuran
Walaupun tak dilimpah kemewahan
Hatiku tetap memuji
NamaMu selalu Ya Rabbi
Walaupun tak diberi kemakmuran
Akan ku memanjangkan kesabaran
Ku tetap syukur pada Ilahi
Kerana mengurniakan nyawa ini
Dia di hati selalu
Memberikanku petunjuk
Apabila pemandangan samar
Biarpun hidup digoda
Ujian dan pancaroba
Pasti ada hikmah di akhirnya
Jaga Solat,Jaga diri & hati serta hubungan sesama.
Salam Sayang
______________________________________________________
Akan datang:
The Making of "Insan Ilahi"
_______________________________________________________
No comments:
Post a Comment