Friday, 13 February 2009

~Segelas Cuma~


Assalamualaikum &salam sayang semua....

Alhamdulillah bertemu lagi hari ni.."Segelas Cuma",sengaja sy pilih sebagai tajuk entry kali nie..Lately sy agak berminat untuk mengambil foto2 yg sy rasa menarik dan mempunyai nilai estetika yang tersendiri pada sy..ini hobi terbaru sy..Nasib ada my blacky Sony K800i dan blacky sony digital camera yg selalu ada tuk temani sy dgn hobi baru ini..hehehhe..Itu cerita saya dan hobi baru...

"Segelas Cuma",pernahkah kita terfikir,bagaiman rasanya jika hanya tinggal segelas air untuk dikongsi semua..mampukah nilai kemanusiaan kita membayangkannya..jikan segelas air perlu dikongsi dengan 40 org lain..Secara logiknya akal tidak mampu menafsir kerna belum pernah kita laluinya..Hidup kita dilimpahi dengan pelbagai kemudahan yg secara retoriknya membuat kita lupa untuk berfikir tentangnya..ernahkah kit termenung befikir seketika,bagaiman lah rasanya hidup penuh derita di bumi penuh pergolakan..bukan asing bagi kita kerna mereka jg saudara kita namun nasib berbeza..Nun jauh di bumi Palestine,Afghanistan,Dafur, Iraq,mereka mungkin memahami erti sebenar "Segelas Cuma".



Semakin hilang nilai perkongsian sebenar disini,namum ianya kian utuh saban hari di bumi bergolak..Nilai sebuah persaudaraan..Sekadar berpesan pada diri dan berkongsi bersama kalian,mari kita hayati bersama segala kemelut yg berlaku dgn kembali berpangkal..kita bina kembali nilai kemanusiaan sejagat tanpa perlu memikirkan perbezaan antara kita..Hidup adalah satu perkongsian..tak selamanya kita berpasak diatas kerna sesekali kita pasti turuni jua lembah dibawah langit..Moga dengan itu kita kembali berpamit dan mengenali siapa kita yg sebenarnya insyaALLAH..



Dan "Segelas Cuma" hanyalah satu simbolik,menggambarkan satu luahan rasa dr sy agar kita sentiasa berfikir..Semoga retoriknya sesuatu kisah senantiasa membuat kita tidak hanyut dibuai arus mimpi yg hadir tika malam..Ayuh kita fikir bersama...

Oklah,sampai disini dulu untuk kali ini..Jumpa lagi bersama perkongsian menarik nanti...

Salam Sayang...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...