Tuesday, 14 December 2010

~ Segelas Cuma ~

Assalamualaikum Semua...

Alhamdulillah...Sudah hari ke 8 di tahun baru 1432H...Besok 9 Muharam ( Tasuu'aa) dan lusa 10 Muharam ( A'syura ),sunat berpuasa.Jom puasa teman-teman.. Kali ini sekadar nak berkongsi satu perkongsian lama yang pernah saya catatkan dulu..Sekadar peringatan buat diri sendiri.


"Segelas Cuma",pernahkah kita terfikir,bagaiman rasanya jika hanya tinggal segelas air untuk dikongsi semua..mampukah nilai kemanusiaan kita membayangkannya..jikan segelas air perlu dikongsi dengan 100 org lain..Secara logiknya akal tidak mampu menafsir kerna belum pernah kita laluinya..Hidup kita dilimpahi dengan pelbagai kemudahan yg secara tidak langsung membuat kita lupa untuk berfikir tentangnya..Pernahkah kita termenung befikir seketika,bagaimana rasanya hidup penuh derita di bumi penuh pergolakan..bukan asing bagi kita kerna mereka jg saudara kita namun nasib berbeza..Nun jauh di bumi Palestine,Afghanistan,Dafur, Iraq,mereka mungkin memahami erti sebenar "Segelas Cuma".





Semakin hilang nilai perkongsian sebenar disini,namum ianya kian utuh saban hari di bumi bergolak..Nilai sebuah persaudaraan..Sekadar berpesan pada diri dan berkongsi bersama kalian,mari kita hayati bersama segala kemelut yg berlaku dgn kembali berpangkal..kita bina kembali nilai kemanusiaan sejagat tanpa perlu memikirkan perbezaan antara kita..Hidup adalah satu perkongsian..tak selamanya kita berpasak diatas kerna sesekali kita pasti turuni jua lembah dibawah langit..Moga dengan itu kita kembali berpamit dan mengenali siapa kita yg sebenarnya insyaALLAH..


 
Dan "Segelas Cuma" hanyalah satu simbolik,menggambarkan satu luahan rasa dr sy agar kita sentiasa berfikir..Semoga retoriknya sesuatu kisah senantiasa membuat kita tidak hanyut dibuai arus mimpi yg hadir tika malam..Ayuh kita fikir bersama...

Oklah,sampai sini dulu..Jaga diri semua..Jaga solat...Jaga hubungan dengan Allah dan sesama makhluk..

Salam Sayang

6 comments:

Anonymous said...

betul...kite takkan penah faham erti "segelas cuma" selagi kita tak lalui apa yg mereka lalui... ata dgn erti kata lain kita mungkin tidak sedar kemewahan yg kita memiliki berbanding dgn mereka.. =>

Anonymous said...

huiyoo..org pertama yg kumen! ;P

mr.syazwan said...

sedap lagu!!

insyALLAH wan puasa sunat esok...

=_=

Najeera Yahya said...

Betul kata embun pagi ... entri awak ni kadang2 'tersirat' benar ... saya kena baca dua kali baru faham ...tapi memang menarik , menyedarkan manusia siapa diri kita sebenrnya ...

Insya-Allah , memang rancang nak puasa 1o muharram ni jika tiada halngan , khamis ini bukan ?

Qarl said...

semangkuk cuma plz!!

semangkuk cendol pulut

esok xleh pose!

Amir Rayyan said...

Embun pagi :moga kita dpt memahami nanti ...insyaAllah...

Mr. Syazwan : alhamdulillah....

Nadyra : ya khamis...puasa 9 jugak..lebih kepada sunnah...mg Allah redha insyaAllah...

Qarl: tetp cendol kan...hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...