Tuesday, 26 April 2011

Kasih Diri

Assalamualaikum Semua...

Apa khabar kalian semua? Doa saya moga nikmat kesihatan sentiasa bersama kalian...Sakit juga satu nikmat yang Allah beri buat hamba-hambaNYA yang dikasihi. Alhamdulillah.

Terlupa memikirkan tentang kesilapan sendiri dan menidakkan kegagalan yang pernah dialami pada saya adalah satu sifat yang langsung tidak patut kita ada. Manusia yang sentiasa bermuhasabah tentang kesilapan sendiri dan mengaku bahawa kegagalan itu adalah satu fasa dalam kehidupan adalah manusia yang paling menghargai dirinya sendiri. Kenapa begitu? Sebabnya mudah, manusia tidak dilahirkan terus menjadi bijak. Ia bermula dengan proses pembelajaran awal dan kesilapan yang selalu ada. Kita akan lebih belajar dengan kegagalan berbanding kejayaan. Melihat kejayaan orang lain memang indah untuk dijadikan panduan tetapi belajar melalui kegagalan sendiri adalah jauh lebih baik untuk terus menempa kejayaan berpanjangan.

Manusia yang pernah gagal dan jatuh tersungkur di perjalanan,dan sentiasa berfikir,bermuhasabah dan memberi peluang kepada diri adalah manusia yang cukup berani sifatnya. Naluri manusia tidak menipu pada jiwa sendiri tetapi prasangka manusia terhadap manusia yang lain selalu saja bertindak mengikut arus dengki dan iri. Sifat yang satu ini pasti ada dan oleh itu hanya dengan meletakkan segala kesalahan diri dalam fasa penting kehidupan sendiri akan membuatkan manusia itu lebih dihargai dan menghargai. Itu cuma pendapat saya.

Sedar atau tidak,manusia juga saling memerlukan dan diperlukan. Jadilah seseorang yang sentiasa diperlukan kerna dari situ kamu dinilai dengan sifat jujur dan ikhlas. Dan bermuhasabah serta mintalah pertolongan dari Allah andai kamu begitu memerlukan. Ini juga pendapat biasa dari saya.

Kenapa saya berkongsi tentang ini? Kerana saya sedang menasihati diri saya sendiri. Dan sememangnya hidup itu adalah perjalanan.Kita hanya singgah sementara sebelum meneruskan langkah ke daerah yang kekal disana. Bekerjalah didunia soalah-olah kita akan hidup seribu tahun lagi..Beramal ibadatlah seolah-olah esok adalah hari terakhir kita disini.

Terima kasih kepada mentor saya yang memberi semangat kepada saya untuk terus menulis dan berkongsi disini.Dan kalian juga yang selalu saja singgah..

Jaga diri semua...Kita lebih kenal siapa kita...

Salam Sayang

5 comments:

::FAIZ:: said...

saya percaya kamu adalah seorang yang sentiasa diperlukan kerana keikhlasan kamu

http://bukankosong.blogspot.com/ said...

tgh2 down nih,bila baca nih smgt c,kit

Qarl said...

yg pasti DIA sentiasa ada menemani, juga kwn2 yg jujur & ikhlas menemani.

kuat trus menempuhi ranjau hari mendatang

mr.syazwan said...

abg jugak menasihati sy..

ceewah....

dunia ada pentas utk kita mencorakkanye..

salam keceriaan..

=_=

MisS NaSiHa said...

Berdoala moga diri kita sentiasa mndapat rhmat dan ksh syg dr NYA..

jom baca cta menarik..

http://itqannajah.blogspot.com/2011/04/remaja-wajib-baca.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...