Assalamualaikum Semua...
Sedang diuji dengan nikmat sakit.Alhamdulillah,selesema biasa dan sedikit rasa perit di tekak. Saya hanya menghabiskan masa dirumah. Cuma petang tadi ke Shah Alam untuk memulangkan sesuatu pada seorang teman.
Saya sampai rumah dari shah alam sekitar jam 6 petang. Usai solat saya terus membukan laman sosial mukabuku serta laman ini. Terpandang tepat pada buku yang sudah lama saya beli tapi belum sempat saya habiskan bacaannya. Jika kalian nak tahu,saya akan lebih fokus membaca bila keadaan emosi saya tidak tenteram dan kali ini pilihan saya untuk membaca tentang riwayat kehidupan insan agung yang paling dikasihi Allah dan segenap umat. [Biografi Muhammad Bin Abdullah- Perjalanan Hidup Seorang Nabi ] hasil bersama Zulkifli Mohd Yusoff & Noor Naemah Abd Rahman.
Bacaan saya sudah memasuki halaman ke 85. Tentang Islam selepas pengislaman Umar dan peristiwa hijrah pertama ke Habsyah. Berat sungguh penderitaan umat islam diperingkat awal Islam. Tersentuh dan ada titisan yang keluar dari mata.Timbul rasa kesal dihati. Saya mengeluh sepanjang ujian yang sedang saya lalui ini. Saya seolah-olah mahu menyatakan kalah sedangkan saya baru sikit diuji. Masha Allah.
Sepanjang tempoh ini,saya begitu takut nak menghadapi hari sedangkan ini hijrah yang saya pilih sendiri. Sejauh ini saya melangkah,selepas segala kisah,saya tidak hanya mahu sekadar menyatakan pasrah tetapi mahu juga menghargai setiap anugerah. Terima kasih Allah.
Owh sepanjang tempoh ini juga saya lebih belajar mengenali. Mengenal tentang sifat sendiri. Biar saja itu saya simpan dalam hati sanubari. Kalian hebat kerna dari situ saya lebih menghargai diri.Terima kasih buat pemilik setiap hati.
Selamat Hari Ibu Mama..Along sayang Mama... |
Maaf,kalian pasti bertanya kenapa cerita saya tentang ini. Tidak lain ini hanya untuk saya nasihatkan diri sendiri. Jaga kesihatan dan diri...
Salam Sayang
p/s: Saya harap saya dapat habiskan 466 halaman dengan cepat!!! InsyaAllah..
2 comments:
Kendatipun senonim dengan kata-kata "wanita itu kaum yang lemah." Namun, selemah-lemah wanita, seorang lelaki yang gagah perkasa sekalipun tetap dilahirkan daripada rahim seorang wanita.
IBU RATU HATI KAMI!
=_=
Selamat hari ibu mak umi juga.
Post a Comment