Assalamualaikum Semua..
Seperti biasa,bila cerita penghargaan saya pasti seperti orang hilang bahasa. Tak tahu dari mana mahu bermula. Semasa menaip cerita ini,halwa telinga saya sedang diperdengarkan dengan lagu Terima Kasih Cikgu yang saya pasang sendiri. :)
Sehari belum tentu cukup untuk mengira setiap jasa yang telah tercurah. Terlalu tinggi martabatnya sehingga firman Allah & mafhum hadis Rasulullah mengangkat darjatnya. Begitu mulia seorang insan bernama Guru disisi Allah & Rasulnya.
Dikesempatan ini,sekalung penghargaan saya titip buat semua warga pendidik yang telah mendidik saya sehingga hari ini. Kalian juga banyak mendidik saya untuk lebih kenal tentang erti kehidupan. Terima Kasih Cikgu.
Sebelum cerita ini siap,saya sempat ke laman mukabuku, ada satu sajak dari seseorang yang pernah saya kongsikan tentangnya dalam cerita sebelum ini. Indah sungguh pada saya. Saya meminta kebenaran beliau untuk saya titip sajak indah itu disini. Ini hasil mentor bahasa saya kak Rozi Abdul Razak.Terima kasih Kak Zi. Saya titipkan karya beliau buat kalian.
Guru....Penjana Anak Bangsa...
Engkau menitip cemerlang,
Ada kejayaan dijulang,
Jasamu tidak terbilang,
Seteguh gunung, sekukuh tiang...
Engkau memberi celik,
Mengurniakan ilmu terbaik,
Mengenalkan huruf dan angka,
Mengetahui tulis dan eja.
Siapapun hari ini yang bergelar...
Manusia pintar atau terpelajar,
Cendikiawan tersohor atau insan masyhur,
Lilin itulah yang telah menjadi pemula,
Pelita itulah yang bijak menjana.
Engkaulah insan berjasa,
Bergelar pendidik,
Dipanggil guru juga cikgu...
Menerangi jiwa anak bangsa,
Menggapai puncak jaya,
Memahat ilmu di atas takhta,
Kebesaran dan keutuhan nan mulia,
Seorang pendidik..takkan pernah berhenti,
Menaburkan bakti..
Jasamu mengalir ke seluruh generasi...
Menjadikan erti pada hari ini...
Engkaulah cahaya dalam seribu sinar menerangi...
Jika bintang, cahayamu terindah di Bima Sakti
Anda bulan, sinarmu meliputi seluruh alam tersembunyi
Kalau matahari, panasmu membasahi kental budi,
Jikalau salji, dinginmu membanggakan seluruh insani....
Ada kejayaan dijulang,
Jasamu tidak terbilang,
Seteguh gunung, sekukuh tiang...
Engkau memberi celik,
Mengurniakan ilmu terbaik,
Mengenalkan huruf dan angka,
Mengetahui tulis dan eja.
Siapapun hari ini yang bergelar...
Manusia pintar atau terpelajar,
Cendikiawan tersohor atau insan masyhur,
Lilin itulah yang telah menjadi pemula,
Pelita itulah yang bijak menjana.
Engkaulah insan berjasa,
Bergelar pendidik,
Dipanggil guru juga cikgu...
Menerangi jiwa anak bangsa,
Menggapai puncak jaya,
Memahat ilmu di atas takhta,
Kebesaran dan keutuhan nan mulia,
Seorang pendidik..takkan pernah berhenti,
Menaburkan bakti..
Jasamu mengalir ke seluruh generasi...
Menjadikan erti pada hari ini...
Engkaulah cahaya dalam seribu sinar menerangi...
Jika bintang, cahayamu terindah di Bima Sakti
Anda bulan, sinarmu meliputi seluruh alam tersembunyi
Kalau matahari, panasmu membasahi kental budi,
Jikalau salji, dinginmu membanggakan seluruh insani....
ROZI ABDUL RAZAK
Cheras,
15 Mei 2011. 1.15pm.
Ada dua gambar juga ingin saya kongsikan bersama kalian. Ini kali pertama saya letak gambar semasa sekolah dilaman ini. Keduanya semasa saya menuntut di sekolah menengah. Saya bersekolah menengah di Maktab Mahmud, Alor Setar ( 2000-2004). Kedua gambar ini semasa saya berada di tingkatan satu dan tingkatan lima. Mana satu saya? Kalian kena cari sendiri.hehehe..:)
Tingkatan 1 (2000) |
Tingkatan 5 (2004) |
Bersama ini juga,saya titipkan satu video tentang kisah persekolahan saudara-saudara kita di Palestine. Tidak semua dapat peluang seperti kita di Malaysia. Saya ingin mengajak semua yang singgah disini untuk sama-sama berdoa buat semua semoga Allah memberi perlindungan & kemenangan buat saudara-saudara kita disana. Ameen Ya Rabb. Untuk pengetahuan semua,15 Mei 2011 adalah ulangtahun ke 63 Negara haram Israel tertegak diatas tanah yang dirampas daripada rakyat Palestine. Kenapa saya terlalu berbicara tentang permasalahan ini. Ini kerana ini masalah umat Islam secara bersama. Hanya doa yang mampu kita titip buat mereka.AllahuAllah.Hayati bersama!!
Terima Kasih Cikgu, Thank You Teacher, Syukran Ya Ustaz!!!
Selamat Hari Guru
Salam Sayang
8 comments:
Selamat Hari Guru kpd semua warga pendidik di Malaysia....terima kasih kpd Amir kerna mengabadikan puisi yg tak seberapa tetapi bermakna itu di blog ini..moga kita semua dapat menghargai guru2 yg telah mengenalkan kita kpd ilmu....
like diz ^^
selamat hari guru buat guru2 di dunia nie..
huhu
:: CIKGU.. dari saya tak pandai membaca kini saya sudah lancar membaca.. CIKGU.. dari saya tak pandai mengira kini saya sudah pandai mengira.. CIKGU.. dari saya tak tahu apa itu kehidupan kini saya sudah tahu erti sebuah kehidupan.. TERIMA KASIH CIKGU.. KAULAH SEGALANYA.. JASA DAN PENGOBANAN MU TIDAK TERJANGKAU TINGGI PEKERTI MU TIDAK TERBALAS INDAHNYA AKHLAK MU.. SELAMAT HARI GURU~ ::
sah2 hencek amir rayyan tersenyum girang sbb sang penulis puisi menitipkan kata-kata
hiks
Assalamu'alaikum.
]Puisi yang indah terima kasih kerana berkongsi dan selamat hari guru.[
slmt hari guru to u amir...
shawn..baru perasan hang ada blog @ 22.05.13..haha..segan weh post gambaq dlu2..haha
Post a Comment