Sekadar berkongsi dengan kalian. Hasil nukilan seorang yang cukup banyak memberi saya semangat. Tidak saya nafikan pengaruh beliau terlalu besar dalam setiap hasil tulisan saya di laman ini. Moga ia turut memberi manfaat buat kalian. Buat Abg Wan Mohd Hidayat,hasil ini sungguh melekat dijiwa dan terima kasih atas perkongsiannya. Moga Allah sentiasa rahmati dan memberi yang terbaik. InsyaAllah..
Istikharah
Sajikan aku sengsara agar aku sedar
Sajikan aku susah agar aku beringat
Sajikan aku sakit agar aku menghormati sihat
Sajikan aku tauladan agar aku berpedoman
Aku baca firmanMu namun aku tidak mengerti maksudMu
Aku sujud padaMu namun aku tidak mematuhi suruhanMu
Aku berselawat ke atas kekasihMu namun aku tidak menginsafi keperibadiannya
Aku menjaga amalanku kepadaMu namun aku tidak istiqomah.....
Aku buntu dengan pilihanku maka temukan aku jalan dalam istikharah
Aku keliru dengan politik dunia maka temukan aku kebenarannya dalam muhasabah
Aku jumud dengan rencana maka hadiahkan aku wasatiah dalam hajat
Aku jauh dariMu maka dekatkan aku dalam tahajjud
Aku mahu bercinta maka anugerahkan aku cinta kepadaMu lebih dari segalanya.....
Aku mahu merindu maka suburkan rasa rindu aku kepada kekasihMu lebih dari segalanya.....
Ya Allah, tunjukkan aku pilihan dalam istikharah
Ya Allah, permudahkan jalanku dalam istikharah
Ya Allah, restui pilihanku dalam istikharah
Ya Allah, rahmati masa depanku dalam istikharah
KSA 2350hrs (0450hrs waktu Malaysia)
Masjid an-Nabawi, Madinah al-Munawwarah
Ihsan Mukabuku Abg Wan Mohd Hidayat |
3 comments:
Assalam Wan....
Hurmmm...rasa terharu plak. Abg ni bukan baik mana pun...so Wan kena saring dan pilih betul2. apa yg baik jadikan tauladan dan yg tak baik tuh jadikan sempadan...
Terima kasih sebab pamerkan puisi abg kat blog wan ni....
Thanks a lot Wan. Moga Wan sukses selalu.... :))
Abg Wan Mohd Hidayat: Setakat skrg belum ada yg tak baik...hehe...InsyaAllah abg...terima kasih juga.... mg Allah selalu beri yg terbaik tuk abg..:)
Assalamualaikum...
Sangat puitis dan makna penuh mendalam..
Post a Comment