Assalamualaikum Cinta!
||Antara 7 Petala Bumi & 7 Petala Langit ada 7 Petala Cinta||
Alhamdulillah,berkesempatan menonton hasil karya Azhari Mohd Zain ini dua hari lepas. Kata saya; Hebat!. Maaf jika ada yang berbeza pendapat tapi itu hanya dari apa yang saya lihat dan dapat.
Mungkin ada yang menyatakan ada cacat didalamnya tapi pada saya ia satu filem yang bawa mesej yang bersarat. Jalan ceritanya mudah melekat. Skripnya juga indah dari susunan ayat dan mudah untuk buat kita ingat.
||Kerana cintakan saudara, sahabat sanggup nafkahkan jiwa..||
Kepada yang masih belum berpeluang menonton karya ini, pergilah segera kerana pada saya kalian tak akan rugi untuk sama-sama menghayati setiap susun ceritanya dan bait-bait ayatnya. Iringin selawat juga menaikkan satu rasa berbeza yang penuh semangat. Mari teruskan berselawat.. Allahumma solli 'ala muhammad,wa 'ala alihi wasohbihi wasallam.
Buat sekalian produksi yang terlibat untuk menghasilkan karya yang pada saya sesuatu yang hebat ini saya beri 4.5/5 bintang. Ia dari saya,seorang penonton biasa dan bukan pengkritik karya.
Sekian sahaja coretannya. Noktah.
Waalaikumussalam rindu!
5 comments:
ok nk tgk la!
hmm. jalan ceritA mmg menarik hati tetapi cara pemakaian tudung tidak melepasi dada. tutup aurat kew tu.?
Salam Wan...ntahlah bila abg dpt tengok crita2 ni...heheheh. Busy tak stop2 lagi....
nk tgk2...
salam.pada saya,cerita ni bagus tapi perlulah di edit pada cara dan pemakaian, juga pada hubungan adik beradik watak hero ke dua dan diana amir,saya faham mereka nak tunjukkan kasih sayang antara keluarga tapi tidak perlulah tunjuk babak salam dan cium dahi.mereka bukan mahram dan tak patut bersentuhan. saya suka melihat contoh filem ketika cinta bertasbih,walaupun ada hubungan adik beradik tapi mereka tidak tunjukkan melalui sentuhan,pada saya crita ini akan lebih bagus jika isu2 ini lebih terpelihara,
saya bukan prejudis sekadar meluahkan pendapat.cerita ilmiah dan islamik bukan sekadar bergantung pada tema tapi turut dikuatkan dgn cara bagaimana ia dipersembahkan.
Post a Comment