Assalamualaikum teman-teman,
Alhamdulillah, saya mengambil masa yang agak lama untuk menulis coretan ini. Berkali-kali saya tulis dan saya padamkan semula. Ini juga coretan pertama saya untuk bulan ke 5, 2012. Terima kasih Allah yang memberikan saya kekuatan untuk teruskan perkongsian di laman ini. Alhamdulillah.
Kita ini bilangan hari..Bila bilangan-bilangan hari itu pergi,kita menanti bilangan yang seterusnya sehingga sampai detiknya ia terhenti dan kita kembali. Perjalanan dunia adalah bukan satu destinasi buka kita. Kita hanya singgah menyemai benih yang hasilnya akan kita tuai di sana kelak.. Allahuallah..
Petang selasa, 8hb yang lalu, sy menerima berita sedih pemergian sahabat baik saya, Al-Faishal. Sungguh saya bersedih. Sy menangis sebaik sahaja menerima perkhabaran itu. Dia sahabat saya semesa belajar. Sahabat yang baik, suka membantu dan tersenyum. Teringat saya kenangan bersama Allahyarham Faishal, dia teman kelas sy,
dia juga saudara dlm usrah.. Dia selalu igtkan saya utk dtg kelas awal,
dia selalu salin nota- sy malas!...byk benda yg dia selalu ingatkan...
Dia seorang yg selalu sahaja awal waktu solatnya (selama sy kenali
dia)...Dia telah pergi bertemu Khaliqnya... Saya masih menanti
waktu saya... Sahabat, mg Allah rahmati, berkati dan permudahkan
urusanmu....
Akhirnya, redha,doa dan ketabahan hati adalah perkara yang wajar saya terima. Sahabat saya telah melengkapi harinya di dunia ini sedang kita sedang menanti bilangan hari yang tinggal berbaki..
Alhamdulillah, Allah mengizinkan saya ke Terengganu,bertemu jasadnya untuk kali yang terakhir, saya iringi dia hingga ke tempat rehatnya sehinggah tanah menutupi kerandanya. Allahuallah. saya rindu dan rasa gentar menanti hari saya. Moga Allah rahmati kita semua insyaAllah...
Sahabatku,
Bilangan harimu lengkap sudah didunia ini...
Bilangan harimu lengkap sudah didunia ini...
Kami masih
menanti bilangan-bilangan hari yg tinggal...
Moga Allah merahmatimu,
memberimu segala keindahan dialam baqa'..
Janji Allah itu benar &
pasti!....
Allahummaj'al qabrahu raudhatan min riyadhil jannah...wa la taj'al qabrahu hufratan min hufarinnar.....
Sampai bertemu lagi insyaAllah.
Salam Mahabbah
1 comment:
innalillah..salam takziah .
Post a Comment