Monday, 28 May 2012

Dikala Sibuk!

Allah jua yang mengizinkan pertemuan. Syukran Ya Akh!
Assalamualaikum teman-teman,

Alhamdulillah, menulis cerita ini kala subuh menjelma. Waktu untuk berkongsi cerita di sini sedikit terbatas. Agak sibuk menyelesaikan segala urusan. Allahuallah. Moga Allah terus beri kita kekuatan untuk mengharungi dunia dan liku-likunya.

Alhamdulillah thumma alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah, selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam. 

Sepanjang tempoh sibuk, Allah mengizinkan segala impian yang pada mulanya sukar menjadi mudah. Ia hanya satu permulaan baharu dalam fasa kehidupan. Moga Allah terus beri kekuatan buat semua. 

Seperti yang pernah saya coretkan, dalam kehidupan, kita akan berhadapan dengan pelbagai jenis karenah segenap isi alam, masa jatuh,masa bangun, menangis, ketawa dan sebagainya. Itu adalah didikan yang Allah anugerahkan buat kita sebagai hambaNYA. Kasih sayang Allah buat kita melebihi segalanya. Allah uji kita tanda Allah sayang kita. Ujian bukan sahaja dalam bentuk kesusahan bahkan kesenangan itu juga adalah ujian. Allahuakbar!

Saya ingatkan diri saya dan pada sesiapa sahaja, Doa! ya doa, itu adalah senjata kita. Allah selalu ada untuk mendengar segala rintihan kita. Berdoalah! untuk apa yang kita lakukan,mulakan dengan doa. InshaAllah,pasti kita sedar betapa Allah itu dekat dengan kita. Betapa Allah tidak pernah meninggalkan kita. Tapi kita? hurm... #muhasabah

Sekadar ingatan buat diri juga, Solat! jaga solat, tak lama waktu yang Allah minta, sehari 5 kali sahaja. Solatlah di mana-mana jua. Sekejap sahaja. Allah bagi kita 24 jam, Allah anugerahkan kita segala macam, tak kan 10minit setiap kali untuk solat tak boleh? #pesanbuatdiri!

Setiap dari kita pasti mempunyai perancangan dalam hidup. Ingat, fikir dan buat yang terbaik. Perancangan Allah jua yang lebih baik. Jaga diri semua,jaga solat,jaga hubungan sesama. InshaAllah.

Moga Allah mengizinkan kita bertemu lagi. InshaAllah.

Salam Mahabbah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...