Assalamualaikum teman-teman,
Alhamdulillah..Segala pujian hanya untuk Allah,selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w,ahli keluarga dan sahabat baginda. Ramadhan semakin menghampiri fasa-fasa akhir. Subhanallah! Ramadhan akan pergi lagi. Bertemu? Ia sesuatu yg belum pasti buat kita. Moga Allah memberi kita peluang,menetapkan istiqamah kita, dan sentiasa memberi rahmat buat kita InshaAllah. #muqaddimah.
Ini cerita kedua saya tentang Gathering Iftar 2012 yang berlangsung 4hb yang lalu. Agak kekeringan ilham saat mahu bercerita kerana sudah agak lama juga saya tidak menulis sebarang perkongsian sebegini.
Gathering atau pertemuan seperti ini sudah memasuki tahun ke 4. Hasil cetusan idea Mohd Haiqal atau Qarl, pelbagai cerita,rentetan kenangan indah telah banyak tersemi dalam tempoh itu. Alhamdulillah program sebegini sebenarnya bukan sekadar untuk bertemu kenal tapi juga untuk saling belajar dan memahami diri sendiri. Saya bersyukur terpilih menjadi di antara yg terlibat.
Gathering Iftar 2012 pada saya antara yang paling berjaya pernah dianjurkan dan begitu istimewa dihati saya dan mungkin teman-teman yang sama terlibat. Saya kira 'kami semakin dewasa'. Masing-masing sudah ada yg bekerjaya dan disinilah segala pertukaran pendapat dan idea tercurah. Paling istimewa ia berlangsung di tempat yang cukup istimewa.
Terima kasih saya buat teman-teman di Ar-Rayyan Kids yang memberi peluang program sebegini dianjurkan. Terima kasih saya juga buat Qarl, yg menjadi tulang belakang dalam menjayakan program ini dan hadir dengan pelbagai idea yang cukup hebat! Terima kasih saya juga buat teman-teman yang hadir, yang telah saya kenal dan jumpa serta yang baru kali pertam bersua muka,kalian cukup hebat! Tidak lupa juga buat Imam Muda Omar yang turut serta meraikan dan memeriahkan majlis pada malam itu.
Bertemu kumpul, bertaaruf kenal, Beriftar mesra, berjemaah solah, bertazkirah jiwa antara yg mengisi hati-hati kita pada malam itu. Kita mengeratkan ikatan dengan taaruf, kemudian mencoretkan kenangan pada kek yg dihias, kemudian beriftar penuh sederhana, berjemaah dalam rendah hati memohon redha Allah,bertazkirah jiwa mengisi tiap ruang diri dan bersenyum santai mengukuhkan ukhuwah. Ia benar-benar sesuatu yang hebat!
Semakin panjang,semakin pening membaca dan semakin ke laut dalam segala isi bahasa. Jadi baik berhenti. Biar gambar menceritakan segala kenangan yang ada. Terima kasih kepada photographer terlibat. ;)
Jom doa buat diri,keluarga & umat Islam. Allahummansuril Islam wal Muslimin.
Salam Mahabbah
8 comments:
SANGAT BEST!
Tahniah buat pengajur..Terima kasih kepada rakan-rakan..terutama saudara adam arjuna.. Gambar-gambar anda HEBAT!!
Kenangan manis yang akan diingati...
Salam Amir.
event ni memang best sangat.
pengisian program pun sangat bermanfaat untuk semua.
saya happy dpt bertemu kalian semua :)
sgt menarik!!!!!!
Alhamdullillah dapat peluang sekali lagi untuk join event iftar gathering ni.Thank you to everyone especially u dengan qarl for organising this event...great entry Amir!
pejam celik pejam celik
kita sudah 4 tahun berkenalan
sudah 4 tahun kita berkumpul bersama kan?
dr lokasi taman, ke rumah shah alam, lps itu ke rumah putrajaya
alhamdulilah kali ini rumah lebih besar dan selesa
terima kasih abg! terima kasih ARK
=_=
1st time join!! Seronok sgt. Thanks penganjur and ARK.. :) Siyes rasa sekejap sgt masa tu berjalan.
1st tiem join but very hapenning. TQ sangat2. gembira jumpa semua org.
Assalamualaikum..
best tgk korang iftar.gmbr ke 4..jejaka kanan skali siapa?dia ada blog ker?klu ada bgi link kat sya.nak follow.
gmbr ke 10..jejaka tshirt yg kolar hijau nie sapa..blogger jugak ker?klu blogger gak..bagi link..nak follow jugak.
email : akrabpersahabatan@gmail.com
Post a Comment