Tuesday 18 October 2011

Walimatul Urus

Ihsan google..:)

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah, bertemu kembali..Mengisi sedikit cerita dan perkongsian biasa yang seperti selalunya akan saya baca semula. Ia sekadar satu cara untuk bermuhasabah dan mencari yang kurang untuk diperbaiki bersama. Harap kalian baik-baik sahaja. InsyaAllah.

Bila seseorang memasuki satu peringkat umur yang dikira dewasa dan matang, ada satu soalan yang sering mengganggu fikiran sesetengah yang perlu memikirkannya. Persoalan yang saya maksudkan adalah tentang Perkahwinan. Oh ya,persoalan ini juga sedang melanda secara tidak serius kepada diri saya sendiri. 

Ini jawapan saya untuk setiap pertanyaan ; " Eh,awak bila nak kahwin?" atau bila balik kampung ; " Hai,x mau kahwin lagi ka?" "Dah ada calon ka?" oh sedikit sebanyak persoalan dalam pelbagai loghat bahasa. Eh mudah sangat ke nak kahwin? Atau ia sekadar lafaz biasa?. Saya punya beberapa alasan dan mungkin juga penjelasan serta beberapa perkongsian. Seperti biasa,ia sekadar perkongsian pendapat biasa dari saya. Kalian mungkin punya pandangan berbeza dan lebih baik. insyaAllah.

Pada saya, urusan perkahwinan buat diri saya untuk beberapa tahun akan datang mungkin sekadar perancangan yang harus ada. Tahap kepentingan masih saya letakkan pada beberapa perkara yang lain antaranya :

1. Diri Sendiri

- Saya masih dalam peringkat mematangkan diri. Ya ia adalah proses semulajadi yang akan terjadi dengan sendirinya. Pada saya persediaan diri masih belum mencukupi. Banyak yang masih perlu saya perbaiki. Oh sifat keremajaan itu masih ada. Saya masih belum bijak dalam membuat pilihan dan keputusan. Atas sebab itu,saya perlu persiapkan diri sebelum urusan perkahwinan mengambil tempat. InsyaAllah.

2. Keluarga

- Keluarga menjadi keutamaan saya. Menjadi anak sulong menjadikan tanggungjawab saya kepada keluarga, mama & abah serta adik-adik adalah kepentingan. Sebelum memikirkan kepentingan berkeluarga sendiri, saya perlu fokus pada tanggungjawab yang ini terlebih dahulu.

3. Kerjaya & Belajar

- Kerjaya juga antara perkara yang perlu saya beri keutamaan. Sudah hampir 4tahun menjadi seseorang yang punya kerjaya, saya perlu lebih kuat bekerja. Selain diri dan keluarga, saya perlu menyediakan keperluan lain sebelum menjadi seorang ketua keluarga. Oh ya,saya baru menjadi seorang pelajar semula dan ia juga adalah keutamaan saya ketika ini.

Perkara diatas antara keutamaan saya ketika ini. Saya tidak menolak rezeki perkahwinan dan ia adalah anugerah Allah. Cuma untuk menjawab setiap persoalan itu,ini mungkin jawapan yang saya ada. :)

Allah S.W.T berfirman 

“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir "
- Ar-Rum : Ayat 21

Rasulullah S.A.W bersabda:

“Wanita itu (menurut kebiasaan yang ada) dinikahi karena empat perkara, boleh jadi kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka pilihlah olehmu wanita yang memiliki agama. Bila tidak, engkau celaka.” 
(HR. Al-Bukhari no. 5090 dan Muslim no. 3620 dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu)


 Rasulullah S.A.W bersabda mafhumnya :

" Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, bukan dari kepalanya untuk menjadi atasnya, bukan dari kakinya untuk menjadi alasnya, malah dari sisinya untuk menjadi teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat dihatinya untuk dicintai."
 Allah berfirman:

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak mengingat Allah.” 
(Surah al-Ahzaab, 33: 21)

Pernikahan bukan sekadar satu ucapan dibibir. Bukan semudah pertanyaan yang terlahir. Ia lebih dari itu. Ada persediaan yang perlu dipersiapkan untuk menuju padanya. Perkahwinan adalah ikatan suci yang menghalalkan pergaulan. Ia adalah penyambung zuriat dan mendidik jiwa untuk lebih bertanggungjawab. Persiapan itu tidak bermula selepas melaluinya tapi perlu bermula sebelum dan berterusan sehingga ajal datang menjemput kita. Kita tidak boleh membina rumah jika tidak tahu caranya. Kita tidak bisa menulis jika kita tidak belajar caranya. Perkahwinan juga begitu.

23.11.2013, Ia sekadar perancangan yang saya ungkap. Jodoh pertemuan, ajal maut,Allah tentukan. Moga Allah permudahkan setiap urusan semua. Moga terbina keluarga yang sakinah dan penuh mahabbah. Moga Allah redha. Itu doa buat semua. InsyaAllah.

Sampai bertemu lagi. Jaga solat, jaga diri & hubungan sesama. :)

Salam Sayang

1 comment:

Juliet_iRa~" said...

mudah-mudahan..
anak lelaki sulong sllnya lambat sikit kan?:)

lagi 2 tahun la yea nak hantar kad jemputan pd tetamu..
amin..

:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...