Wednesday 12 October 2011

Youth Meet Young

Terima kasih HIZAMI untuk design yang terbaik ini.. :)

Assalamualaikum semua

Apa khabar semua? sejak beberapa minggu ni memang mood untuk kongsi cerita tak pernah sampai. Ada cerita yang terfikir tapi dek kerana mood yang tidak sampai itu terpaksa ditangguhkan. Alhamdulillah hari ini punya masa untuk kembali mengisi cerita. 

InsyaAllah,esok akan berlangsung program Youth Meet Young di CIC (Children Islamic Centre). Centre yang terlibat ialah CIC Putrawalk, CIC Taman Permata, CIC The Strand & CIC Presint 8. Program ini menjemput pelajar lepasan UPSR dari sekolah rendah berhampiran untuk datang dan berkongsi pengalaman bersama kanak-kanak CIC. Program ini adalah hasil cetusan idea Pn Hajjah Qutren Nada, CEO CIC. Alhamdulillah berkat sokongan dan doa semua, moga program ini berjalan lancar esok insyaAllah.

Jutaan terima kasih dan penghargaan buat HIZAMI RAHIM yg membantu untuk design banner Youth Meet Young program. Hasil yang sangat terbaik pada saya. Terima kasih Hizami. Ada satu design lagi yang menggunakan kepakaran Hizami untuk program CIC.

Sampai disini dulu ceritanya, insyaAllah punya waktu saya sambung kembali. Saya tinggalkan kalian dengan kata-kata Sayyidina Ali R.A :

"Do not let your difficulties fill you with anxiety; 
after all,it is only in the darkest nights, that the stars shine more brilliantly."
[Sayyidina Ali bin Abi Talib R.A]

Salam Sayang

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...