Tuesday, 31 May 2011

Astana Jiwa

Assalamualaikum Semua...

Sekarang sudah 5.44ptg [pada waktu saya mula menaip]. Alhamdulillah,sudah melepasi waktu kerja yang sepatutnya selesai tepat 5.30ptg tadi. Tapi saya jarang tepati itu. Terlalu banyak tugasan yang harus siap segera. Terima kasih Allah atas segala ni'mah.

Kali ini cerita saya tentang pagi tadi. Beberapa hari sepanjang minggu lalu saya perasa seorang pak cik jual nasi lemak dekat tepi tangga nak menuju ke perhentian bas.Beberapa kali juga saya nak berhenti untuk beli nasi lemak pakcik ni tapi saya selalu terlupa dek kerana mengejar masa. Hari ini saya dapat peluang itu. Saya beli nasi lemak terakhir untuk hari ini. Tersentuh hati melihat pakcik itu. Terfikir bagaimanalah keadaan saya bila sudah berumur seusia pakcik itu. hmm...

Hidup adalah tentang satu proses belajar yang punya kesinambungan. Kita berjalan sementara untuk langkah yang kekal abadi disana nanti.

Hari ini juga hari yang paling banyak saya ucap perkataan rindu pada desa tercinta.Sungguh saya rindu..Ya rindu pada mama,abah,adik-adik dan suasananya. Saya mahu pulang,tapi kerja menghalang!!!

Ini titipan terbaru. Saya mahu kongsikan bersama kalian juga. Astana Jiwa dendangan Dato Siti Nurhaliza. [Ini OST Suria di Cordoba]



Jaga diri,jaga solat, Rejab sedang datang,Ramadhan bakal menjelang,Doa moga kita diberi peluang..Ameen Ya Rabb.


Salam Sayang

4 comments:

Pojiepooh Abdullah said...

Lama tidak menjengah, lama juga tidak bersua bicara.
Rindu tidak terkata...
Semoga sihat2 saja di sana :)

mye said...

ttbe rindu pulak nk balik kg halaman..
bruntungnya mye msih dkat dgn fmily..
huhu

Hami Asraff said...

Itulah indahnya kehidupan. Di dalamnya tersimpan seribu satu kemanisan. Dan jangan alpa, sekali sekala kemanisan itu digantikan dengan kepahitan :)

::FAIZ FARISH:: said...

saya selalu tgk org tua yg masih mencari rezki dibawah terik matahari, berniaga kuih muih atau nasi lemak, entah ada atau tak anak. kasihan melihat mereka. dan berharap janganlah saya jadi seperti itu bila sudah tua nanti....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...