Wednesday, 16 February 2011

Lelaki Menangis??

Assalamualaikum semua....

Alhamdulillah,permulaan yang baik hari ini..buat kalian jugak insyaAllah..Hari ni sampai lebih awal dari biasa.memulakan tugas dengan mood yang paling baik..Alhamdulillah...moga terus baik-baik saja..Muqaddimah biasa.

*            *            *             *            *

Lelaki & Airmata

Sekadar gambar hiasan. Ihsan: google
Terlalu egokah seorang lelaki sehingga tidak sanggup menitiskan airmatanya?Pada saya ia adalah fitrah.Allah menjadikan airmata tidak hanya untuk menggambarkan perasaan sedih tapi ia datang dari pelbagai rasa dalam diri manusia. Dari sedih,gembira sampai lah ke rasa takut yang tersemat di jiwa. Tapi menangiskah seorang lelaki?

Fitrah semulajadi manusia itu pasti menangis. Yang belum pasti adalah masanya. Sifat ego membataskan tangisan kita gugur tanda sedih atau syukur. Tinggal sekejap rasa ego tersebut dan menangis lah kerna kita pasti tenang selepasnya. Seorang lelaki yang menitiskan airmata adalah seorang yang jujur pada dirinya. Pasti sesetengah manusia memandangnya dengan pandangan yang berbeza,tapi pasa hakikatnya dia telah melaksanakan tuntutan terhadap dirinya dengan menangis.

Ada pendapat menyatakan,lelaki yang mudah menangis tanda sedih,gembira atau takut serta melafazkan kata syukur adalah seorang lelaki yang tinggi nilai mahabbahnya,yang murni budi pekertinya dan mudah mengaku silapnya. Lelaki seperti ini juga seringkali bersangka baik terhadapt sesuatu perkara.Masha Allah,moga kita lebih menghargai erti setitis air yang keluar dari mata yang melihat.

*            *             *             *            *

Ia sekadar perkongsian biasa. Saya pasti ada yang suka dan ada yang tidak.Mungkin sesetengah punya anggapan,menangislah,airmata masing-masing. Yang pasti,kita perlu lebih menghargai diri kita.Berikan diri ruang untuk meluah rasa. :)

Jaga diri semua.selamat bekerja dan belajar atau lakukan apa sahaja yang berkewajipan.

Salam Sayang

p/s: perkongsian diatas adalah atas permintaan seorang pembaca disini.saya harap saya menjawab persoalan itu.insyaAllah.Terima kasih.

16 comments:

Fanzi Ruji said...

saya setuju dengan pandangan abg amir. =)

Fareez aXuan..... said...

bukan senang kaum adam ni nk mnangis kalau xbetol2..er..:)

::FAIZ FARISH:: said...

kadang kala air mata ni tak mampu ditahan.. akan mengalir jua...

DanieL AdiE said...

Tiada slhnye lelaki menitiskan air mata..
Lelaki juga punya perasaan walau segagah mane pon lelaki itu..

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

SOKONG !!!!

x salah tau bile llaki menagis...dia juga manusia...ada hati dan perasaan..

Tp ego yg menyekat segala nye..

bukankosong said...

Actually nanggis gakk...cuma owg sekeliling je yg tak tauuu

Qarl said...

tangis bagai gerimis
hati bak tasik pedih

Notacomei_Warna Kehidupan said...

Sedangkan nabi pun menangis, apatah lagi kita manusia yang banyak kelemahan ini. Menangis itu suatu nikmat >_< .

fazd said...

terima kasih atas perkongsian amir rayyan...
sokong...menagis tuk mengilangkan tekanan..

Fie Omar said...

Lelaki juga seperti manusia biasa.
Menangis bukan tanda kita lemah.
Menangis itu kekadang boleh menenangkan jiwa :)

mr.syazwan said...

terkadang menangis boleh menenangkan

jiwa dan permasalah kita mungkin

menangislah jika mahu menagis

dan gembiralah jika mahu gembira

itu semua pasti bersebab bila kita lakukan

Embun Pagi said...

suka baca entry yg nie... btw, mmg sangat kagum bila melihat seorang lelaki menangis sbb bukan selalu dpt tgk airmata diorg...=)

SyahmiFikri said...

kalau menangis tu dapat menenangkan!!

pilih la nangis! kerana air mata bukan ukuran ke-gagah-an

mye said...

laki jg mnusia base yg xprnah lari drpd diuji oleh ALLAH..

Amir Rayyan said...

terima kasih semua...atas komen2 kalian....saya hargai...:)

Anonymous said...

ana uwafik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...