Monday 11 July 2011

Bogel Menuju Tuhan



Assalamualaikum Semua
Aku tekandas,ditindas dalam lemas.
Oleh orang-orang yang aku percaya,
yang aku sanjung dan hormati.
Aku kasihi.
Sepanjang perkenalan,pergaulan, rupanya ada nafsu dalam ikatan.
Siapa yang membawa dosa ini?
Tergamak.Sampai hati.

Antara bait-bait kata yang terkandung dalam catatan penulis Bogel Menuju Tuhan didalam karya beliau Senjataku. Jujur,saya langsung tidak mengetahui tentang kehadiran buku ini didalam kamus bacaan negara, hanya setelah mengunjungi Pesta Buku Selangor yang lalu saya mengetahui tentang kehadiran karya hebat ini. Orang bukan seni macam saya suka pada karya yang satu ini. 

Berulang-ulang kali saya membaca karya yang mengandungi catatan & puisi yang diambil dari laman blog penulisnya sendiri. Jujur,saya hanya beberapa kali singgah di laman blog penulis sebelum karya beliau dibukukan. Sebelum saya terlupa, Bogel Menuju Tuhan adalah hasil karya Zahiril Adzim. Pasti ada yang mengenali beliau melalui lakonan beliau di drama tv dan filem. Terbaharu,filem beliau Tolong! Awek Aku Pontianak sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara.

Bogel Menuju Tuhan menghimpunkan segala rasa yang mungkin ada pada penulisnya dan juga kita. Berulang kali saya baca untuk memahami isinya,jawapan yang saya temui adalah sama,ia cerita tentang manusia,tentang dunia dan perjalanan seisi semesta menuju tempat akhirnya. Penulis mengaitkan sifat,perlakuan dan apa saja tentang manusia yang sedang berjalan menuju tuhanya. Antara yang saya ingat, dalam apa jua yang kita lalui masa tak mungkin kita undur sehari, seperti kata penulis,kita tidak boleh minta selepas jam 7 adalah jam 6 dan selepas rabu adalah selasa. Dalam apa jua keadaan bahkan dalam keadaan berbogel sekalipon,perjalanan perlu kita teruskan. 

Bagi saya,ini adalah satu karya yang semua wajar miliki. Ia tidak sekadar berkongsi tetapi untuk kita turut fahami dan pelajari setiap isi yang tersembunyi. Bagi orang bukan seni seperti saya,terlalu menghargai dengan penghasilan ini. Buat penulis,Zahiril Adzim saya bangga dengan anda kerna bingkisan pertama ini saya kira cukup hebat. Tahniah dan selamat berjuang bersama senjata bahasa!!

"Bogel Menuju Tuhan adalah salah satu tajuk catatan yang aku tulis di blog,satu masa dahulu. Ia merupakan satu keadaan yang aku gambarkan dalam setiap perjalanan kehidupan manusia yang percaya akan dugaan Tuhan. Tidak ada manusia yang terlepas dari dugaanNya maka,tidak adalah manusia yang tidak akan menempuh satu tempoh kesakitan,penuh perit dan pedih dalam hidupnya. Aku simpulkan, buku ini adalah antologi catatan dan puisi sewaktu aku dalam hari-hari tidak berwarna,sebelum jingga."
[*Zahiril Adzim*]



Jaga solat,jaga diri & hati serta hubungan sesama.

Salam Sayang

7 comments:

Anonymous said...

Kat mana boleh dpt kan buku ni?

Amir Rayyan said...

Anonymous: boleh didapati di kedai2 buku seperti kinokuniya & beberapa MPH dh ada..cuba tgk k... :) or boleh jugak didapati di :

To order;

1. Pls SMS 017-2002944 (Type )
2. After confirmation from the administrator, pay the amount to maybank2u.com or Maybank Kawanku to account Faisal bin Mustaffa (MBB 114179439605)

Belian Online
http://tokobuku.fotopages.com/

{sumber dari blog penulis sendiri,http://zahiriladzim.blogspot.com}

::FAIZ:: said...

Zahiril merupakan penulis yg Bagus....

Unknown said...

ooo...cm nk carik jee laaa..tq atas info..

mr.syazwan said...

novel yg mendapat sambutan hangat

sudah buat cetakan kali ke dua kot


wow!

unknown girlz said...

sangat puitis.
tajuk buku pun dah cukup menggambarkannya. all d best zahiril! :)

Anonymous said...

amazing site models
http://www.worldimportsexports.com/?q=node/245866/
http://www.facebook.giaynu.net/profile/mitchelpac
http://zine.forumbola.org/article.php?id=42975
http://www.isthewinwin.com/profile/249765
http://blog.eezyfunda.com/members/kasha6348/activity/337088

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...