Sunday 10 July 2011

Falling In Love

Assalamualaikum Semua

Semalam atas sebab-sebab tertentu,saya membatalkan hasrat saya untuk turut serta dalam Majlis Malam Gala Simply Siti. Tiket untuk majlis berkenaan telah saya beli beberapa minggu yang lalu. Kita hanya mampu merancang tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang dan perancangan Allah selalunya adalah yang terpaling baik. Terima kasih Allah.
Dikesempatan ini,saya ingin kongsikan video persembahan Dato Siti Nurhaliza semalam dengan alunan lagu inggeris terbaru beliau yang berjudul Falling In Love. Video ini telah dikongsikan oleh Ctea Fairuz di laman You Tube. Terima kasih kepada Ctea Fairuz atas perkongsian ini.

Mendengar lagu ini untuk pertama kalinya membuatkan saya rasa tidak sabar untuk menunggu Album Inggeris pertama Dato Siti Nurhaliza yang bakal dilancarkan september nanti. Moga segalanya berjalan lancar nanti insyaAllah. Buat kalian,moga terhibur.. :)

Khabarnya,Dato Siti Nurhaliza semalam turut menyatakan hasratnya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang muzik di UITM. Moga urusan Dato Siti Nurhaliza dipermudahkan.

“Siti sedang berbincang dengan pihak UiTM, dan insya-Allah sekiranya semuanya berjalan lancar, Siti akan meneruskan pengajian seperti yang dirancang,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan persembahan pada Malam Gala dan Karnival SimplySiti.
[Sumber dari  MyNewsHub ]


Jaga solat,jaga diri & hati serta hubungan sesama.

Salam Sayang

5 comments:

Unknown said...

wah..nak nantikan juga lagu ct...

mr.syazwan said...

rasa rentak dia ada sikit rentak2 arabic sikit kan?

apa2 pun xsbr nak tunggu

=_=

snow queen said...

best jugak lagu nie..:)

Unknown said...

yea yea..pas ni bole laa patik kawan ngn tok'ti...tok'ti jd junior i ek..hehehe...

DanieL AdiE said...

TERBAEK LA SITI!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...