Saturday 8 October 2011

Bajet 2012

Assalamualaikum Semua

Syukur, lafaz yang selalu kita lupa. Kebiasaannya lafaz ini hanya terlafaz dalam keadaan kita dianugerahi sesuatu yang tidak kita jangka. Tapi amat payah untuk kita jelmakan rasa syukur itu saat kita berperang dengan susah. Allah jadikan kesenangan dan kesusahan sebagai anugerah dan proses untuk mendidik setiap jiwa bernama insan. Muqaddimah sekadar bermuhasabah sendiri tentang rasa syukur yang amat sedikit terlafaz sepenuh jiwa. Alhamdulillah.

Hari ini ada wajah yang tersenyum gembira menyatakan suka saat Perdana Menteri Malaysia membentangkan belanjawan negara bagi tahun 2012.Tidak kurang juga yang suram wajahnya menerima perkhabaran yang sedia terisi didalam belanjawan 2012. Suka atau tidak, terima atau tolak, itu sudah jadi satu kenyataan yang  dipersetujui. Ulasan lanjut mengenainya biar Parlimen sahaja membahaskannya kelak.



Sekadar inging berkongsi dengan teman-teman semua satu kisah di zaman Khalifah Umar bin Abd Al-Aziz.

Khalifah Umar bin Abd al-Aziz apabila beliau dilantik menjadi khalifah, beliau seakan tergamam dan begitu hiba. Beliau terus bersendirian bersolat dan menangis. Airmatanya bercucuran hingga ke janggutnya. Apabila isterinya Fatimah bertanya, dia berkata:“Wahai Fatimah! Aku telah dikalungkan urusan umat Muhammad ini yang berbagai bangsa. Maka aku terfikir tentang orang fakir yang lapar, yang sakit lagi derita, orang yang tidak berpakaian yang susah, orang yang dizalimi lagi dipaksa, tawanan perang yang jauh, orang tua yang uzur, orang yang mempunyai keluarga yang ramai sedangkan hartanya sedikit dan seumpama mereka yang berada di segala tempat dan penjuru negara. Aku tahu tuhanku akan bertanya aku mengenai mereka pada hari kiamat kelak. Aku bimbang alasanku tidak cukup kukuh untuk menjawabnya, lalu aku pun menangis” (Al-Zahabi, Tarikh al-Islam wa Wafayat al-Masyahir wa al-A’lam, 7/197. Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi/1407H)



Memetik kembali ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak semasa membentangkan belanjawan 2012 ; 
 
"Sesungguhnya, bersesuaian dengan surah al-Hasyr ayat 7 yang menyeru “agar harta tidak hanya berlingkar dikalangan orang-orang berada antara kamu”, maka tidak syak lagi, Bajet yang baru saya bentangkan ini mendakap segenap taraf sosioekonomi rakyat. Ia tidak meninggalkan yang berpendapatan rendah, sekalipun menengah atau tinggi, dan tidak pula meminggir mereka yang di bandar waima di desa."

Semoga rasa syukur selalu mendahului setiap tingkah kita. Hidup didunia adalah sekadar tempat untuk kita singgah. Tempat untuk kita bermuhasabah dan menyiapkan bekal untuk kembali ke rumah abadi.

Jaga solat,jaga diri dan hubungan sesama. sampai bertemu lagi insyaAllah...

Salam Sayang

2 comments:

DanieL AdiE said...

Alhamdulillah...

Gaji baru kite tahun depan..yeah!

::FAIZ:: said...

hm...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...