Tuesday, 4 October 2011

Kembali

Assalamualaikum Semua

Lama sungguh laman ini dibiarkan kosong tanpa sebarang cerita yang terisi..3minggu juga aku biarkan ia kosong dan Pedoman adalah cerita akhir sebelum rehat yang singkat. Faktor masa dan kepentingan cerita yang kurang mungkin antara sebab..[alasan yang aku reka untuk sedapkan minda]

Jujur,tak tahu mana nak dimulakan. Semua cerita dah jadi cerita yang tidak boleh diulang semula. Jika diulang sekalipun, ceritanya sudah jadi berbeza.Sepanjang tempoh 3minggu lalu, kehidupan menjadi terlalu sibuk dengan banyak perkara dan paling banyak adalah tentang kerjaya. 

Owh ya, lepas pertemuan di Miri, minggu lepas aku jumpa mentorku. Nasihat masih sama. Pesan dan ingat yang selalu saja bagi aku kekuatan. Sungguh, sejak mula berkongsi disini, caraku banyak dipengaruhi beliau. Terima kasih sebab selalu ada memberi aku kata semangat waktu aku sangat memerlukan. Terima kasih Allah. [klik sini untuk ke laman milik mentorku]

Dalam hidup,tak semua orang punya waktu untuk fikirkan tentang kita,tentang apa yang kita rasa dan tentang apa yang kita mahu cerita. Dan percayalah,dalam hidup semua orang mahu kita dengar ceritanya,mahu kita rasa apa yg dirasa dan mahu kita fikir apa yang difikir. Sesetengahnya berjaya dengan persefahaman, sesetengahnya gagal bila tiada persefahaman dari keduanya. [Korang pasti pening baca entry ni kan]

Kesimpulannya mudah,jika inginkan yang terbaik, jadilah yang terbaik. 

Sampai sini dulu, insyaAllah jika punya waktu aku sambung lagi. Jaga solat,jaga diri dan hubungan sesama. [Sungguh takut bila dengar; jaga solat sendiri dulu sebelum sibuk nak jaga solat orang lain..argh muhasabah amir!!!]

Salam Sayang

3 comments:

mr.syazwan said...

padat jadual abg

alhamdulilah di isi dgn benda berfaedah

moga abg kekal ceria

jaga diri abg..

rindu ingin bertemu abg..

insyAllah pada ketikanya

::FAIZ FARISH:: said...

lama tak update kan?

hafiz hafizol said...

betol 2 ..jaga solat kite dulu sebelum nak tegur org len~~ sob3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...