Wednesday 14 September 2011

Pedoman

Assalamualaikum semua

Cerita ini adalah sesuatu yang tidak dirancang. Ia lahir secara tiba-tiba selepas tahu dan dengar. Bagai ada sesuatu untuk turut saya ucap. Tahniah!! Ya itu saja ucapnya. Kenapa? Saya sambung dibawah.

Pedoman.. Irama yang baru menjengah ke telinga saya sebentar tadi. Secara tidak sengaja, terjadi semasa saya tiba dirumah petang tadi dan sewaktu saya singgah ke laman mukabuku milik Nasyid Fm. Ada ucap tahniah buat pejuang irama ketuhanan yang mendapat nominasi dalam kategori Lagu Nasyid Terbaik di Anugerah Industri Muzik [AIM] dan Pedoman antara yang turut serta.

Pedoman dilagukan oleh penyanyi hebat, Nora dan lagu ini hasil gubahan indah dari suami beliau sendiri,Johan Nawawi. Sempat juga membaca info tentang lagu ini di beberapa catatan, lagu ini pada asalnya dicipta untuk kumpulan nasyid Mirwana, tetapi atas sebab projek album berkenaan tidak menjadi lalu ia diserahkan untuk dinyanyikan kepada Nora.

Pedoman begitu dekat dihati saya. Sekali dengar terus buat saya ingin dengar lagi. Saya suka iramanya ditambah dengan alunan santai oleh kak Nora, ia membuatkan lagu ini begitu indah. Hayati tiap bait liriknya. Ada sesuatu yang untuk kita fikirkan...[Ini hanya pendapat seorang pendengar seperti saya].. Pedoman saya titipkan buat kalian untuk dikongsi bersama. Moga Pedoman mampu memberi pedoman buat semua. Hayatilah "Pedoman"..





Jaga hubungan dengan Allah,hubungan sesama & jaga diri!!

Salam Sayang

3 comments:

DanieL AdiE said...

Lagu tu mmg sedap

Qarl said...

chorus die catchy!
nice

ayie said...

nice song..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...