Tuesday 13 September 2011

Alhamdulillah

Assalamualaikum Semua...

Alhamdulillah,dapat luang sedikit waktu menjengah teratak pengisian ceritaku ini. Sudah lebih seminggu tanpa sebarang cerita. Baik juga begitu pada pandangan peribadi. Sebab disebalik cerita,manusia yang membaca selalu sahaja punya tafsiran berbeza. Oh,itu sudah biasa.

Alhamdulillah, Syawal juga sudah separuh. Ramadhan pula kian jauh...Harap masih bersemangat mengisi segala yang telah dikerjakan sepanjang pesta ibadah berlangsung.InsyaAllah. 

Alhamdulillah,waktu sungguh sibuk, menyelesaikan itu dan ini.. Saya berterima kasih atas waktu sibuk yang Allah beri ini sebab saya hanya akan memikirkan apa yang perlu dan melupakan seketika perkara yang tidak perlu. Oh,berteman dengan kerja dan bersahabat dengan diri adalah satu perasaan yang indah bagi saya..

Alhamdulillah,masa untuk menambahkan pengetahuan yang sedia ada juga telah saya terima. Doakan!! Perjalanan ini baru bermula..Moga hingga sampai ke akhirnya insyaAllah..

Buat kalian,terima kasih kerana singgah dan memberi kritikan membina. Saya hargai dari dalam jiwa. Jaga hubungan dengan Allah,sesama manusia dan jaga diri!

Salam Sayang

1 comment:

::FAIZ:: said...

smoga kita bertemu lg dgn Ramadhan dan syawal tahun hadapan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...