Monday, 5 September 2011

Selamat Kerja Raya

Assalamualaikum & Salam Syawal

Alhamdulillah,selepas hampir seminggu bercuti Eid Mubarak,hari ini kembali meneruskan kerja yang ditinggalkan. Sana sini pasti masih dalam mood raya. Bercerita tentang indahnya serta dukanya raya. Itulah fitrah anugerah Allah buat kita. 

Sekolah Ramadhan sudah berlalu, pengisian selepasnya kita yang tentukan. Mahu teruskan dengan perlakuan dalam sekolah atau memulakan kembali perlakuan sebelum masuk sekolah. Oh kita hanya manusia, itu kata sesetengahnya, tapi jangan jadi manusia yang selalu lupa kerana bersebabkan maksud manusia itu sendiri. Jadilah orang yang sentiasa ingat dan mengingati kerana kita belum tentu sempurna selepas sepurnama.

Mahu ringkaskan cerita. Tentang raya saya? Biasa-biasa saja. Terindah adalah masa bersama keluarga. Saya pasti itu juga yang kalian rasa. Sekarang? Masa untuk kembali bekerja,satu ibadah yang kita selalu juga lupa. Jom siapkan kerja,buat persediaan minda dan moga terus berjaya.. InsyaAllah..

Rumah terbuka? Pintu rumah saya sentiasa terbuka buat sesiapa sahaja yang mahu datang. Jadi, datanglah beraya!!!

Sekadar gambar hiasan.. :)

Salam Eid Mubarak semua....

6 comments:

::FAIZ FARISH:: said...

nice picture

ayie said...

perghh begambo ngan datuk..hehe..selamat hari raya :)

mr.syazwan said...

tiap2 tahun jumpa siti ye abg

hehe

nak dtg time ada mkn2 je

hahaha

;p

hafrawiey ozakawa said...

cehhh...mesti prouud kan dpt berpose dgn dato ct kan????nice pic..btw..i had follow u just now.hopefully..u follow me back.:)

DanieL AdiE said...

Tok ti....

Love U!

Eazy Izzuddin said...

salam eid mubarak..
xD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...