Wednesday, 19 October 2011

Teropong Hidup

Ihsan Islamic Quotes


 " Allah does not judge you on how bad you have been in the past,
but rather on how good you strive to be now.."
- Yasir Qadhi -

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah.. Mahu sambung cerita. Ringkas mungkin. Mood untuk berkongsi itu semakin jarang dapat. Sesekali sahaja singgah untuk fikiran diterjemahkan dilaman ini. Sejak bermula sekitar tahun 2007 dan laman blog ini adalah yang ke 3 saya miliki, corak penulisan masih sama. Tentang apa jua rasa yang terbit dari hati. Saya kongsi dan baca sendiri. Bermuhasabah dengan cerita hati.

Saat ini dan untuk beberapa ketika, masa terlalu mencemburui. Syukur kerna kesibukan ini buat saya lebih banyak belajar. Bukan belajar untuk merasa penat tetapi belajar untuk jadi lebih kuat semangat. Alhamdulilla,syukur dipanjat, disekeliling saya bersama mereka yang memberi saya semangat. Ia begitu melekat tersemat dan kukuh terikat. Arghh kalian pasti sudah biasa dengan bahasa yang berselirat ini. Saya pernah cuba bercerita santai tetapi begini juga jadinya. :)

InsyaAllah, beberapa event akan berlangsung sepanjang bulan ini dan bulan hadapan. Moga Allah merahmati dan memberkati serta mempermudahkan segalanya nanti insyaAllah. Sungguh penat itu lebih baik dari berdepan dengan rasa tertekan. Ini antara pesanan insan yang banyak memberi inspirasi buat saya dalam kerjaya saya ini. InsyaAllah akan saya ceritakan tentang beliau nanti.

Buat kalian, teman-teman yang singgah disini dan membaca apa yang terkongsi, doa saya yang baik-baik selalu mengiringi. Terkadang,kesibukan itu lebih buat kita mengenali diri!! Percayalah... Moga Allah redha.

Sampai bertemu lagi. Jaga solat, diri & hubungan sesama.

Salam Sayang

2 comments:

::FAIZ FARISH:: said...

Bukan belajar untuk merasa penat tetapi belajar untuk jadi lebih kuat semangat


Nice

fadzli said...

Bukan belajar untuk merasa penat tetapi belajar untuk jadi lebih kuat semangat - sungguh menarik

1001 macam perasan ada bila menjelajag blog ini...dan bermacam naasihat yang dapat dari sini..Semoga Allah memberkati Amir Rayyan..

Terima Kasih untuk catatan suatu ketika itu ye..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...