Assalamualaikum teman-teman,
|| Saidina Ali bilamana ditanya manakah yang kamu inginkan antara harta dan ilmu.
Lalu jawab Saidina Ali: "Aku akan mengambil ilmu."
Bilamana ditanya kenapa ia memilih ilmu lalu jawab Saidina Ali:
"Sesungguhnya orang yang ada ilmu boleh mencari harta , tetapi mereka
yang ada harta belum tentu mampu mencari ilmu. Ilmu telah disediakan
tempat menyimpannya oleh Allah, sedangkan harta perlu mencari bekas
untuk menyimpannya, biasanya orang yang mempunyai ilmu akan tawadduk,
manakala manusia memiliki harta akan takabur." ||
Alhamdulillah.....Coretan penghargaan kali ini..
Buat sekalian pendidik yg mendidik diri ini bermula dengan Mama &
Abah,mendidik hingga kini besar dewasa, guru-guru,ustaz,ustazah, miss
& mdm di Pasti Al-Hidayah, Sek Keb Hj Kassim Jasin, Sek Keb
Kangkong, Maktab Mahmud Alor Setar, International Islamic College &
dimana jua tempatnya ilmu tercurah buat diri, titipan penghargaan
bersempena hari guru ini buat kalian yang telah mengisi setiap hari dalam kehidupan ini...
Doa saya,moga Allah sentiasa memberkati dan merahmati serta mengurniakan ganjaran yang tidak terhingga buat pendidik sekalian..InsyaAllah...
“Ya Allah ya tuhanku, ampunkan lah dosa-dosaku, ibubapa dan guru-guruku. Berikan kasih sayang, cahaya dan rahmatmu kepada mereka. Berikanlah mereka ilham dan tunjuk-ajarMu.
Ya Allah, limpahkan lah mereka pahala ilmu yang telah mereka curahkan kepada kami. Keikhlasan mereka untuk memandaikan kami. Tempatkan lah mereka di makam yang terpuji bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.”

Sabda Rasulullah s.a.w :
“Apabila mati anak Adam, maka
telah terputuslah amalannya melainkan 3 perkara ; Sedekah Jariah, atau
Ilmu yang memunafaatkannya, atau Anak soleh yang mendo’akan keatasnya”
[Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmudzi, al-Nasaa'i, dan
al-Bukhari].
Terima Kasih Cikgu,Thank You Teacher, Syukran Ya Ustaz!
Salam Mahabbah
3 comments:
SELAMAT HARI GURU..
Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
Assalam...Wan!
All the best Wan...sentiasalah mendoakan kesejahteraan sesiapa sahaja yg pernah menjadi guru kita....
salam gan ...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya gan !
Post a Comment