Showing posts with label perkongsian rasa~. Show all posts
Showing posts with label perkongsian rasa~. Show all posts

Sunday, 2 November 2014

Bilangan Hari-Harimu..

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, 9 Muharam 1436H hari ini. Antara hari-hari yang baik yang pernah di sabdakan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. 9 &10 Muharam adalah hari-hari yang di anjurkan untuk berpuasa disiangnya dan amat besar ganjaran pahalanya. Moga Allah permudahkan langkah serta menjadikan sabar serta redha itu sentiasa teristiqamah dalam jiwa inshaAllah.

Alhamdulillah,
November juga telah masuk hari ke 2 hari ini. Moga-moga peralihan usia baru kelak akan memungkinkan fasa-fasa kematangan yang lebih baik inshaAllah.

Hidup & Kehilangan:
Kita melalui hidup dengan banyaknya kehilangan.
Hilang waktu yang tidak mungkin kembali. Hilang orang-orang yang kita kasihi. Hilang harta yang dicari. Hilang teman yang berada disisi.
Sampai satu ketika nanti kita juga akan hilang dari dunia yang sementara ini.
Bersabarlah dengan kehilangan. Ia hanya didikan istimewa dari Tuhan!
Faghfirlana Ya Allah..

Saya menulis itu pada hari-hari akhir Oktober yang lalu. Ia tidak lebih sekadar memotivasikan diri, memberi ingat tentang hilangnya perkara,benda,kasih dan apa sahaja yang kita pernah,sedang atau akan miliki di dunia hanya bersifat sementara. Ya ia benar hari-hari yang amat berat bagi saya untuk melaluinya dalam tempoh hampir setahun lalu. Berkali-kali jatuh dan pernah ada waktu saya tidak mahu lagi bangun. Namun, mana mungkin Allah memberi didikan tanpa kita kelak akan lulus dalam setiap didikanNya. Hanya waktu yang perlu kita tunggu dan bersama merungkai hikmah disebaliknya.

Kita akan melalui fasa-fasa ini. Cuma caranya berbeza. Saya sendiri tidak terlepas. Ia mungkin ingat-ingatan tentang kelalaian kita, tentang diri kita pada masa lalu dan tentang sikap kita yang sepatutnya tidak begitu. Disudut yang positif, lihatlah ia sebagai proses reformasi diri. Menjadi lebih baik dari apa yang telah kita perlakukan sebelumnya. Nah, hikmahNya Dia memilih kita untuk terus memperbaiki dan berubah! Alhamdulillah.

Waktu-waktu ini juga untuk kita kembali mendefinisikan beberapa istilah yang pernah kita bawa. Kawan antaranya. Kita mungkin hilang ramai teman yang pernah ada tapi percayalah yang berganti itu adakalanya lebih baik untuk kita lihat dan hargai. Namun, jangan sesekali menyalahkan sesiapa. Ia hanya proses untuk kita lebih bersedia dan menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Ya, sungguh perkara-perkara ini mengajar saya melihat sesuatu dengan fikiran yang lebih terbuka. Akhirnya kita hanya punya Dia. 

Maafkan saya atas ringkasan rasa yang saya titipkan. Ia sekadar perkongsian untuk saya sendiri manfaatkan dan ingatkan. Mungkin,untuk tempoh 10 tahun akan datang jika Allah izinkan, saya masih boleh membaca tentang tulisan-tulisan ini dan mengingati dengan baik pesan-pesan ini.

Buang jauh apa jua andaian manusia terhadap kita, mereka terlalu ramai untuk kita tepis dan berhujah dengan damai, luahkan segalanya pada Tuhan, Dia Maha Mendengar, Mengetahui setiap isi jiwa kita dan Dia jua lah kelak yang akan memberi kita jalan keluar. 

Faghfirlana Ya Allah.

Tuesday, 26 February 2013

Pilihan!


Assalamualaikum teman-teman,

Alhamdulillah, sudah di minggu terakhir Februari. Setiap hari yang kita lalui sebelum serta selepasnya adalah tentang pilihan yang kita pilih untuk ia terjadi. Hidup tentang pilihan dan pilihan itu menentukan arah hidup. Setuju? Berbeza pandangan itu sesuatu yang kita wajar terima dengan terbuka.

Pilihan. Kita selalu sahaja berhadapan dengan satu kesukaran bila perlu memilih. Saya selalu begitu. Kita selalu mahukan apa juga pilihan yang terbaik Tapi terkadang kita tersalah memilih. Lantas kesalahan itu sebenarnya bukan satu kesilapan yang berpanjangan. Jadikan ia satu kesilapan yang mendidik kita untuk jadi lebih baik inshaAllah.



Allah berfirman yang bermaksud: 


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu. Boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu."
- Surah Al-Baqarah : 216


Disebalik setiap pilihan yang Allah hadirkan buat kita, ia sebenarnya adalah proses pendidikan kearah yang lebih baik. Jangan cepat berputus asa dan menyerah. Terus berusaha & ia tak kan pernah jadi sia-sia.

Pasti tertanya kenapa saya coretkan tentang ini. Atas sebab-sebab sendiri & sekadar berkongsi. Pilihan selalu ada buat kita. Apa juga pilihan kita, yakinlah serta mohon lah petunjuk dengan du'a yang tak pernah putus, moga Allah permudahkan setiap pilihan kita. Sukar itu indah, pahit itu penawar & jiwa yang gundah itu bukan lemah tapi perlu sedikit muhasabah. Jangan pernah rasa diri rendah dengan pilihan yang salah, tapi berusaha tanpa kenal erti lelah kerna kelak akhirnya yang memandang kita adalah Allah. InshaAllah.

Cukup, saya pilih untuk tidak panjangkan kata. Berhenti & biar kalian pilih untuk baca & beri pandangan pula. :)

Moga bertemu lagi inshaAllah.

Salam Mahabbah..

Saturday, 25 February 2012

Andai Jangan!

Ihsan : Islamic Quotes

Assalamualaikum teman-teman,

Alhamdulillah, saban minggu gerak masa seperti tersangant pantas berlalu...sedar-sedar,sudah sabtu. Alhamdulillah, nikmat dan peluang masih diberi untuk meneruskan kehidupan singkat ini. Mencari dan memperbaiki.

Mahu jadikan perkongsian ini ringkas.padat & tidak sarat. Harap-harap menjadi! Apa nak kongsi erk? hurmm... Ok begini;

1. Andai sudah di langit,jangan lupa rumput dibumi.....
2. Andai sudah jelajah lautan, jangan lupa masih ada daratan....
3. Andai tinggi diawan, jangan lupa ditanah tempat mencari makan.....
4. Andai rasa sempurna, jangan pernah menghina....
5. Andai bijak bicara, jangan ada jiwa terluka......

Cukup? ya sudah,itu dulu..Maksudnya biar jelas kemudian atau bisa faham sendiri.. [Pesan itu mendahului diri!]

Sampai bertemu lagi. sebelum itu,mari bersama doakan saudara muslim kita di Syria,Palestin..Jom hulurkan sedikit sumbangan  tanda kasih sayang kita... Dan jangan pernah lupa doakan bersama! InsyaAllah...



Salam Mahabbah

Tuesday, 31 May 2011

Otai kah?

Assalamualaikum semua...

Tadi habiskan masa sendiri. Usai solat maghrib di Surau stesen Petronas, ternampak gerai Otai Burger. Terus saya ke situ dan order Burger Ayam Otai. Lama sungguh saya tak buat begitu. Lepak tepi jalan,sensorang dan paling penting sebenarnya saya rindu burger!! dah lama saya tak makan..

Semalam rasa seperti tak mahu bertemu siang..Dan sekarang rasa seperti tak mahu bertemu malam kerna masih mahu terus berjuang bersama siang..Biar nanti dapat bersama malam bila segalanya tidak lagi terhalang.....

[Terima Kasih Allah atas nikmat sabar dan kuat semangat.. Terima kasih teman atas segala pesan dan dengar....]

Jaga diri semua...Jangan lupa solat..Maaf segala salah dan silap..

Salam Sayang

Wednesday, 16 February 2011

Lelaki Menangis??

Assalamualaikum semua....

Alhamdulillah,permulaan yang baik hari ini..buat kalian jugak insyaAllah..Hari ni sampai lebih awal dari biasa.memulakan tugas dengan mood yang paling baik..Alhamdulillah...moga terus baik-baik saja..Muqaddimah biasa.

*            *            *             *            *

Lelaki & Airmata

Sekadar gambar hiasan. Ihsan: google
Terlalu egokah seorang lelaki sehingga tidak sanggup menitiskan airmatanya?Pada saya ia adalah fitrah.Allah menjadikan airmata tidak hanya untuk menggambarkan perasaan sedih tapi ia datang dari pelbagai rasa dalam diri manusia. Dari sedih,gembira sampai lah ke rasa takut yang tersemat di jiwa. Tapi menangiskah seorang lelaki?

Fitrah semulajadi manusia itu pasti menangis. Yang belum pasti adalah masanya. Sifat ego membataskan tangisan kita gugur tanda sedih atau syukur. Tinggal sekejap rasa ego tersebut dan menangis lah kerna kita pasti tenang selepasnya. Seorang lelaki yang menitiskan airmata adalah seorang yang jujur pada dirinya. Pasti sesetengah manusia memandangnya dengan pandangan yang berbeza,tapi pasa hakikatnya dia telah melaksanakan tuntutan terhadap dirinya dengan menangis.

Ada pendapat menyatakan,lelaki yang mudah menangis tanda sedih,gembira atau takut serta melafazkan kata syukur adalah seorang lelaki yang tinggi nilai mahabbahnya,yang murni budi pekertinya dan mudah mengaku silapnya. Lelaki seperti ini juga seringkali bersangka baik terhadapt sesuatu perkara.Masha Allah,moga kita lebih menghargai erti setitis air yang keluar dari mata yang melihat.

*            *             *             *            *

Ia sekadar perkongsian biasa. Saya pasti ada yang suka dan ada yang tidak.Mungkin sesetengah punya anggapan,menangislah,airmata masing-masing. Yang pasti,kita perlu lebih menghargai diri kita.Berikan diri ruang untuk meluah rasa. :)

Jaga diri semua.selamat bekerja dan belajar atau lakukan apa sahaja yang berkewajipan.

Salam Sayang

p/s: perkongsian diatas adalah atas permintaan seorang pembaca disini.saya harap saya menjawab persoalan itu.insyaAllah.Terima kasih.

Monday, 10 January 2011

Tolong Ingatkan Aku

Assalamualaikum semua...

Isnin minggu kedua 2011..Alhamdulillah...masih diberi kesempatan waktu dan ruang serta peluang,nikmati apa saja yang ada dalam hidup..

HIDUP :
Sukar dan Cabar

HIDUP :
Jujur dan Sabar

HIDUP :
 Senyum dan Tangis

HIDUP :
Singgah & Pulang

Setiap hari kita lalui dengan berbeza..Ada hari manusia senyum melihat kita..Ada masa manusia mengeji seolah-olah ruang untuk kita sudah tertutup..Masing-masing laluinya dengan cara berbeza..

Terkadang kita lupa..Selalu kita lupa sebenarnya..Yang hidup adalah tentang Singgah dan Pulang...



Untuk semua,selamat jalani kehidupan...masih panjang mungkin ataupun sudah singkat juga...Jaga diri...Senyum selalu...jangan lupa doa...itu senjata paling berharga...Maaf jika saya pernah punya salah dengan kalian...:)

Salam Sayang

Sunday, 9 January 2011

AJL 25

Assalamualaikum semua...

Selesai minggu pertama 2011...Alhamdulillah...9 January 2011, hampir setiap peminat seni suara menantikan detik ini...


Alhamdulillah,semalam untuk pertama kalinya amir berpeluang melihat sendiri raptai penuh AJL 25..terima kasih Qarl..Jujur,amir lebih menyukai persembahan dari artis jemputan.

Untuk AJL25, amir memilih..... hmm amir sendiri tak tahu..tunggu sajalah malam ini...Yang pasti gabungan tiga Diva pasti hebat dan paling meninggalkan kesan..

Selamat menonton semua...

Salam Sayang

p/s: tq miela(SNP) sebab offer tiket AJL,tp amir menolak dengan baik atas beberapa sebab...Dato Siti Nurhaliza tetap terbaik!!! :)

Friday, 31 December 2010

2 Puluh 3 Cerita [Episod 2]



Assalamualaikum Semua....

Sehari saja lagi sebelum 2011...Alhamdulillah...Malaysia menang Piala Suzuki kan....Alhamdulillah...selamat bercuti buat semua esok ya....

Mahu menyambung cerita yang berbaki....Seperti selalu,ia hanya perkongsian biasa.... (cerita untuk saya kenang...)

Disini saya bermula semula....

11. Canda Tangis Ketawa Duka

Canda Tangis Ketawa Duka adalah yang teristimewa...Semua melaluinya saban hari...Ini bukan tentang itu..Canda Tangis Ketawa duka yang saya maksudkan disini adalah persembahan hebat Dato Siti Nurhaliza bersama sahabat baiknya Kris Dayanti yang saya hadiri..2010 bakal saya tinggalkan dengan segalal memori termasuk ini...Berbaloi dapat melihat Diva Muda ini...(Saya peminat beliau walaupun tak semua ceritanya saya ingat)

12. Al-Ikhlas

Tahun ke 2 bersama Al-Ikhlas.Saya kira 2010 adalah tahun paling mencabar sepanjang berada di Al-Ikhlas..Keadaan diri yang tidak stabil termasuk permasalahan disekeliling,Alhamdulillah segalanya selesai seiring..Alhamdulillah,rezeki Allah masih menetapkan saya disini. (Saya jenis yang susah berpisah dengan sesuatu yang sudah sebati dengan jiwa).

13. Teman Sekerja

Mereka adalah yang kerapkali temani saya..Hampir lebih separuh dari hari saya saya habiskan di Pejabat..Setiap orang dalam Al-Ikhlas saya kenali.. Mereka antara insan-insan hebat berjuang demi rezeki...Saya kagum dan bangga... (Terima kasih kalian yang tak tersebut nama kalian semuanya disini...owh ya ini bukan menang anugerah ya..sekadar penghargaan saya buat kalian.)

14. Kampung & Rehat

Kampung?? ya saya memang budak kampung...Itu asalnya dan masih hingga kini...Kampung adalah tempat paling indah untuk saya..2010 memberi saya beberapa cuti di kampung..Keindahan hari,melihat pak tani ke sawah,nyaman.... (Rumah saya juga ditepi sawah..rumah kampung biasa..saya sayang...)

15. Jurugambar

Saya punya dua...yang begitu dekat dihati saya...Aizul Marcello & Mohd Haiqal...Mereka jurugambar pilihan saya...2010 adalahtahun permulaan yang baik buat mereka berdua... (Saya doakan yang terbaik untuk 2011)

16. Sifu

Jika kalian mengikuti setiap cerita yang saya coret dilaman ini,kalian pasti pernah terjumpa tentang cerita Mentor. (laman yang saya selalu singgah)...Sudah lama saya ingin kongsikan,2010 baru jadi realiti.. Kalian boeh klik kesini (Mentor) untuk lihat semula... (A.Samad Said,Abg Wan Hidayat,Abg Addyaholix,Kak Faiza & Kak Rozi Abdul Razak,saya suka baca coretan & luahan mereka)

17. Berbuka Puasa

Ramadhan yang berlalu indah...Bersama teman-teman... Berbuka di Dataran Shah Alam bersama teman-teman sekerja,Berbuka di Restoran dan secara buffet. (Owh ya,saya ungkapkan sesuatu tentang buffet,maaf untuk itu tp jujur saya tidak suka). Alhamdulillah,Majlis Berbuka Puasa di rumah sewa di Shah Alam juga berjalan lancar..Tahun kedua diadakan.. (Abah selalu pesan,ada rezeki lebih,kongsikan dan beri makan..Terima kasih Allah..)

18. Eid Mubarak

Raya terbaik rasanya..Bersama keluarga tercinta.. (Kali ni,baju raya mama,saya belikan..Alhamdulillah..) Dapat bertemu dengan teman-teman lama semasa di sekolah dulu..Paling terindah,lepas solat eid,jumpa keluarga kemudian terus ke Sg Petani..Beraya bersama Dato Siti Nurhaliza..(Sekali lagi ia terindah buat saya peminatnya..)..Pulang ke Shah Alam,memenuhi undangan Rumah terbuka.. Alhamdulillah,sekali lagi,Majlis Rumah Terbuka (rumah sewa) berjalan lancar... Terima kasih Allah...

19. 25 Tahun

Saya juga meminati insan ini...Sudah 25tahun mengalunkan suara...Kali pertama saya miliki kesemua Album lagu-lagunya...Kali pertama juga saya ke dewan melihat persembahanya.. (walaupun pada mulanya saya tolak,tetapi ada rezeki juga)..Beliau yang saya maksudkan adalah Dato Sheila Majid.. Jika kalian nak tahu,melalui persembahan Dato Sheila Majid inilah pertama kali saya jejakkan kaki ke Dewan Philharmonik Petronas. (Saya cukup terhibur dengan alunan santainya...)

20. Temuduga

Ini yang kedua & ketiga saya buat selepas temuduga pertama dua tahun lalu..Kerana terlalu tertekan,saya ambil keputusan mudah ini..Pergi temuduga..Yang pertama saya diterima,dan seperti biasa saya menolaknya secara baik..(Maaf kerana buat mereka tunggu saya hampir tiga minggu).. Yang kedua,temuduga pertama saya untuk menjadi wargakerja kerajaan..Saya masih menunggu keputusannya.. (Saya harap saya ada rezeki disitu..insyaAllah)..

Cerita berhenti disini dahulu...Akan saya tamatkan dalam episod akan datang insyaAllah....Sampai bertemu lagi.....(Hanya beberapa jam jika diizinkan..insyaAllah)

Salam Sayang

Monday, 1 November 2010

1.11.10

Assalamualaikum Semua...

1.11.10....Sudah November....Kurang lebih dua bulan saja lagi untuk 2011....Alhamdulillah..Masih diberi ruang dan nikmat dunia.....Cerita 2010 mungkin hampir lengkap dengan pelbagai ragam...Kisah2 menarik yang telah dan akan dijadikan kenangan sepanjang jalan kehidupan....

11.10 yang istimewa sebab 23 nye berganda.....(bukan2....hahahah..)...
Hari pertama November,Sy lambat!!! Sampai ofis,saya tak ada semangat!!! huhuhuhuh....

Hari pertama November, ke ofis,ada berita gembira yang sy dapat tp sy hanya tersenyum kelat.....

Hari pertama November, Sy hanya terfikir tentang itu...dan itu ...dan itu...sy sendiri masih belum jumpa keputusan yang tepat....

Hari pertama November, Sy masih lagi letak harap...(Berdoa perlu lebih kerap..pesan buat diri sendiri)

Hari pertama November, Sy masih cari mood...owh mood nk siapkan kerja....huhuh...

Hari pertama November,...owh....sy perlu berhenti dulu.....

"Kehidupan sebenar bermula bila seseorang mula mengembara dan berdikari...."

Jaga diri semua....Selamat menempuh bulan2 akhir 2010.....

Salam Sayang

Monday, 3 May 2010

~Kemuncak Segalanya...~

Assalamualaikum dan Salam Sayang...

Akhirnya.....Selepas 1May2010,amir kembali mengisi cerita disini..:) hanya mahu terus senyum...Apa khabar??tak la lama sgt kan laman ni dibiar usang..Alhamdulillah...Segalanya makin lancar sekarang..Kehidupan sudah kembali tenang dan mengikut rentak...Suka duka itu dah jadi lumrah kan..tempuh saja dengan terus senyum dan kuat semangat..InsyaALLAH sudah berjanji pada diri akan terus berkongsi..Kemana lagi nk diluahkan kalau bukan dilaman ini...Senyum...:)


masih sama...mencari dan menemani..cerita tentang hati..

Beberapa hari yg lalu..Semasa april belum menutup tirai,sempat merencana beberapa perkara bersama team The Laki-Laki Photography...Alhamdulillah hanya mahu terus berdoa agar segalanya lancar nanti...Kita berusaha dengan sungguh,kemudian kita sandarkan pada ALLAH..ALLAH pasti permudahkan..InsyaALLAH..Owh ya terlanjur sebut pasal The Laki-Laki Photography, sempena hari Ibu yg bakal tiba,The Laki-Laki Photography menganjurkan serta ingin meraikan bersama anda semua..Untuk maklumat lanjut anda boley saja ke fans page The Laki-Laki di laman Facebook @ The Laki-Laki Facebook .Masih berbaki 4hari sebelum tarikh terakhir penyertaan...Jgn lupa ya...:)


Jgn lupa join tau....hehehe

Hari ni amir sampai ofis awal dr biasa..Ada new principal report duty hari ni..byk jugak benda yg amir nk kena brief kt new principal nanti..Moga ALLAH permudahkan segala urusan. Owh ya,sgt happy melihat perubahan dalam bilik tidur....Mcm menang rancangan Deco bersama Eric lak..heheehe..korang nk tgk x??? tnggu je lah nanti..Kalu tiba2 terSHOOT ke pics kt bilik amir...hahaha..:)


Happy 42th Birthday Ziana Zain

Semalam amir tonton AIM kat rumah je..kejap AIM kejap Mentor..Mentor sebab nk tgk Ziana Zain je..ye lah,tahun ni beliau br muncul selepas rehat yg panjang...Semalam sempat tgk time surprise dr team Mentor tuk Ziana Zain sempena birthday beliau,..buat Ziana Zain,amir doakan moga segalanya terus terbaik dan dipermudahkan insyaALLAH.. AIM semalam bagi amir sekadar boley tonton..Nothing special bout performance..Maybe sebab dah terlalu byk majlis anugerah yg berlansung so mcm kurang idea dah rasanya..Apapun amir enjoy dgn pengacara malam td,Adibah Noor dan Afdlin..Memang sempoi dan bersahaja. Untuk persembahan,amir sgt suka time opening.. DIVA selalu buat yg terbaik..Persembahan Dato Siti Nurhaliza bersama teman baik beliau Kris Dayanti tidak mengecewakan..Amir jugak suka performance by Dato Sheila,Jaclyn Victor dan Karen Kong melalui cinta ada..Nampak biasa tp gabungan yg mantap..Dato Sheila nampak sgt merendah diri..Ciri2 yg dimiliki oleh seorang penghibur...:)


Gandingan pengacara yg mantap..


Dua DIVA


Buat Dato Siti Nurhaliza,tahniah atas kejayaan semalam..Segala lelah terbayar sudah..alhamdulillah,rezeki masih berpihak..Masih mengungguli kategori Vokal..Dato Siti Nurhaliza menang Vokal Duo/Kumpulan Terbaik menerusi gandingan mantap dgn Kris dalam lagu AMARAH..Dato Siti Nurhaliza jugak sekali lagi mengekalkan kemenangan dalam kategori Vokal Wanita Terbaik melalui lagu Ku Percaya Ada Cinta..(*agak2 boss ingt tak lagu ni erk...:) ) Walaupun kalah dalam kategori album,amir rasakan beliau telah memberi yg terpaling baik...Buat Dayang Nurfaizah,congrats,menang album pop semalam.. Paling gembirakan hati tekaan amir tepat untuk kategori Album Terbaik.. Adrenalin by Faizal Tahir menang keseluruhan..Teringat kenangan waktu mula2 nak dapatkan album tu..hahha...owh kenangan..:) In-Team menang album nasyid terbaik...Alhamdulillah,selepas sekian lama berjuang,mereka diiktiraf..harap2 next year Hijjaz pulak menang..amir br je beli album baru hijjaz,nampak jelas,mereka bersungguh2 dalam menghasilkan sesuatu...InsyaALLAH,moga rezeki berpihak nanti..:)


Yeay,Dato Siti Menang Lagi.....:)


Congrats Dayang,menang album pop terbaik..:)



ADRENALIN Faizal Tahir,menang keseluruhan...:)



Bercerita memang panjang..bukan tulis tp taip..kan boss kan..:) boss cakap cerita dr hati bukan kepala..Yess,setuju dgn boss...Cerita tentang hati...:) jmpa lagi nanti k..jgn lupa contest The Laki-Laki Photography tau.,,,muahxxx...syg semua...


eh aiman...rindu la.....hehehe..:)


Salam Sayang

p/s: pics artis tu diambil dr budiey.com & web rasmi TV3..tq so much..

Tuesday, 20 April 2010

~23tahun menemani....~

"Ayah dan ibu

Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan Matahari


Yang dikurniakan dari Ilahi..
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati..."


Assalamualaikum dan Salam Sayang Semua..

 
Entry kali ni sy buat khas ntuk my lovely mama..Hari ni  birthday mama..hampir 23tahun sy mengenali mama..seorang wanita yg tabah..yg tegas..mama terlalu istimewa..mama x pernah mengeluh..mama membesarkan kami adik beradik tanpa pernah berkata a'aah penatnya..20 April 1967 mama dilahirkan..anak kedua dalam family. Hari ni usia mama dah 43tahun..mama,along x tahu nak cakap apa..tapi along sayang mama...along x mampu nak balas semua jasa mama..mama yg lahirkan along dgn penuh susah..InsyaALLAH mama...selagi mampu along akan buat yg terbaik untuk kita sekeluarga..Along Sayang Mama..Along doakan mama akan dirahmati dan terus sihat dan mendapat ganjaran dr ALLAH insyaALLAH...Mama,Doakan along ya...Untuk mama,selamat Hari lahir...Salam Sayang dr Along...MUahxxxxxx..

"Hampir 23 tahun menemani...Lihat saat diri jatuh dan sendiri....Sentiasa disisi saat suka dan tangis...Hadir dalam hati....Insan yg teramat istimewa...Tiada ganti..Tiada dua atau tiga tp cuma satu.....Mama,Terima kasih...Hanya ALLAH mampu membalas segalanya...Along teramat sayangkan Mama....Ia sungguh dari hati...."
Selamat Ulangtahun Mama....
43tahun mendiami bumi...
23tahun menemani.....
Moga Mama Terus dirahmati ilahi.....
Along Sayang Mama!!!


Tuesday, 23 February 2010

~Setahun Sudah~

Assalamualaikum dan Salam Sayang semua...

Bertemu kembali..kongsi sedikit cerita walaupun diri masih dibelenggu kesibukan di ofis..tp disebabkan hari ini terlalu istimewa,aku tinggalkan sebentar kesibukan itu untuk update cerita disini...Harap kalian semua sihat saja....Alhamdulillah aku masih diberi nikmat kesihatan oleh ALLAH...mari kita ucap syukur atas segala nikmat ini....Alhamdulillah...cukup muqaddimah kali ni...

23 feb 2010...hari ni genap setahun aku di shah alam...genap setahun juga aku mencari rezeki di Al-Ikhlas Cambridge Learning Centre...Alhamdulillah...terlalu pantas masa berlalu..dan yang pasti,sepanjang setahun yg lalu aku melalui pelbagai fasa dalam hidup yg mematangkan diri...Aku masih ingt masa first time aku kt sini...Time tu blacky blom pon da dengan aku...aku hanya berjalan kaki untuk ke ofis..nasib dekat..time tu aku hanya sewa bilik je..pengalaman yg sgt beharga..aku bermula dgn sgt susah..Alhamdulillah,ALLAH itu selalu saja beri yg terbaik...

Setelah setahun,aku belajar dan terus belajar...Hidup akan ada yg indah dan gundah...kita hanya mampu berserah tanpa mengaku kalah...kita kena belajar dari kenangan..percayalah..jika kita ikhlas dan kuat,kita pasti akan berjaya...Kehidupan sekarang atau yg lepas,aku masih manusia yg sama...tidak ada yg berubah...buat teman2 yg sentiasa ada dan hadir waktu susah dan senang,kalian amat sy hargai...teman2 serumah,teman di ofis,teman2 di sini dan disana...kalian sgt sy hargai...Buat shbt2 yg sgt mengerti akan perjalanan ini,aku amat syg akan kalian..indahnya persahabatan bila kita sentiasa ikhlas dan jujur tanpa pernah ada rasa iri dan dendam yg tersimpan.....insyaALLAH moga ukhuwah ini dalam rahmat ALLAH...

Buat kalian sy titipkan bbrapa gambar yg telah lama sy simpan....Setiap gambar itu punya kisah tersendiri...dan sy kongsikan buat tatapan kalian.....jaga diri semua..besok aku blik kg kt kedah..yeay...dh lama x blik..rindu my mama,abah n adik2...doakan segalanya lancar ya...insyaALLAH..nak cakap syg shah alam jugak la..hehehe...sayang kalian...muahxxx
























Salam Sayang....

p/s: kak faiza sure suka pic2 ni..n mesti kak faiza rindu sgt2 kan...:)

Thursday, 5 November 2009

~Kenangan Miri- Brunei 2009~ Bhg 1




Assalamualaikum dan Salam Sayang

Kembali mengisi cerita...Sudah lebih seminggu aku biarkan laman ini tanpa sebarang cerita...Get Here aku tinggalkan sbg madah terakhir sebelum aku berangkat ke Miri 30hb yg lalu..Alhamdulillah..Masih diberi peluang untuk aku kongsikan cerita-cerita lalu...cerita di miri dan brunei tempoh hari..Bumi Miri dan Brunei bw aku berfikir tentang indahnya alam...Melihat segala fenomena baru yg mungkin sedikit asing pada aku...Aku belajar lagi...Alhamdulillah syukur.



30 oct 2009,
Berangkat ke Miri dgn penerbangan MAS tepat pukul 8.30pg..Hati aku berat untuk pergi sebenarnya.Aku sendiri tak faham kenapa aku seperti tak mahu pergi..Aku gusar dan takut kehilangan sebenarnya..Alhamdulillah aku berjaya kawal emosi itu..Terima kasih buat lee dan hasrul..org yg menghantar aku dan kemal ke airport pagi itu..Terima kasih buat teman2 di teratak kasih bersemi jg,terasa begitu erat ukhuwah kita..Buat sahabat baikku yg jauh jg..kerana semangat itu aku langkah juga untuk terbang..




Sampai di Miri tepat jam 1010pg..Alhamdulillah syukur..aku dan kemal gn kan masa yg ada untuk berjalan2 sekitar airport..lapar sebenarnya...tp x de yg menarik..Time tu dh mula rasa lain..rasa nak balik pon ada...br dua jam lebih terbang dh mula rasa rindu kt semenanjung..aduh...aku pernah terbang jauh dr ini tp kali ni aku benar2 rasa...Muhasabah lagi Amir Rayyan...Lebih kurang jam 11,shahril dtg amik..if korang pnh bc entry2 aku yg lepas,aku da tulis pasal pemergian shahril ke Miri..So skrg aku dh tunaikan janji aku kt dia...dtg lwt dia kt sini....Ko happykan riel???hehhee..aku jg seronok dpt jmpa ko.....Terus ke restoran milik shahril bersama temannya then pa lagi makan...Ptg tu kami berempat ke pantai esplanade(x pasti btol x ejaan) untuk muhasabah bersama...Sayu aku lihat mentari itu terbenam...dan tahu atau tidak aku masih terkejut..Seawal jam 6ptg matahari sudah mula jatuh terbenam...Aaah belajar lagi....












Malam aku dpt call dr abg dayat...korang pasti kenal kerana byk entry aku selitkan kata2 dr beliau...seorang yg aku jdikan penguat semangat...Alhamdulillah akhirnya aku jumpa jg dgn dia...Abg Addy,akhirnya jmpa jg ngan abg dayat..hehehe....abg addy sila jgn tnya byk soalan..hahaha...Dan seperti yg dijangka dan dr cerita2 abg addy,semuanya btol,abg dayat bw aku bernyanyi bersama....Agak mantap vokalnya..haha..dan aku seperti biasa dgn lagu2 pilihan aku...aah gembira...tp aku masih rindu pada mereka2 di semenanjung...HEBAT...



Cerita bersambung......... hhehe


Salam Sayang

Thursday, 10 September 2009

Berbaki Sembilan


Assalamualaikum dan Salam Sayang Semua

Alhamdulillah, Sudah 20 Ramadhan hari ni..Bermakna Ramadhan masih berbaki 9hari..Masha ALLAH,Pantas betul masa berlalu..ramadhan akan pergi lagi...

Belum puas rasanya bermanja dgn ramadhan..Belum puas rasanya menangis hiba bersama ramadhan..Belum puas rasanya berPesta Ibadah bersama ramadhan..Belum Puas rasanya bersahur bersama ramadhan...Belum puas rasanya berbuka bersama ramadhan...Belum puas rasanya meniti hari indah penuh berkat bersama ramadhan...

ah hati pasti rindu lagi..jiwa pasti berduka...Pemergian ramadhan pasti ditangisi...Moga masa masih ada...bersama ramadhan kali ni sampai keakhirnya...Moga nikmat bulan Al-qadr berpanjangan...Moga ALLAH redha akan segala amal...

Semalam berbuka bersama lee dirumah..Sekadar nasi kerabu..Alhamdulillah...Usai solat,mata terlelap..Masha ALLAH,letih barangkali..Sedar dr lamunan hati gelisah..Teringatkan seorang teman..Teman yg aku panggil Teman yang baik...Cukup aku gelarkan dia A.M..Aku tiba2 terfikirkan dia,..Ok kah dia...hmmm..kalu dia sedih,sapa yg nak teman..Ya ALLAH..terus aku capai hp dan msg dia..ya jwpn yg aku terima seperti yg aku sangka...Dia tidak ok sebenarnya...Ya ALLAH,betapa aku risau..

Sampai di ofis dpt msg dari dia..dia rasa x sedap hati..Ya ALLAH,aku harap segalanya dipermudahkan buat dia..Buat teman yg aku sayang,sabarlah ye..Ingat,Ujian ALLAH itu Indah sebenarnya..Jgn sedih ye..kerana aku pasti akan turut bersedih...Kita doa bersama ya...Jaga diri..InsyaALLAH Pelangi indah akan muncul nanti....

Buat semua,Ramadhan masih berbaki..Ayuh kita tingkatkan amal...Moga ketemu Al-Qadr idaman..Moga ALLAH terima segala amal...Pesta Ibadah bakal melabuhkan tirainya...Pemergian yg pasti dirindui,....

Salam Lailatul Qadr

Thursday, 3 September 2009

Ketigabelas- Sekadar Mengisi Cerita


Assalamualaikum dan Salam Sayang...

Alhamdulillah sudah mahu masuk hari ketigabelas ramadhan...Alhamdulillah segalanya masih lancar...Korang cam ne??? x tau nape tp entry ni langsung x rancang..aku tertido td..bgn terus dpt mood nak update sket...hehehe..ntah la..Amir Rayyan mmg cam tu kot...thanks kat semua yg sudi baca n komen kt entry2 yg aku buat...Ia sekadar luahan rasa yg ada dihati...

Nak citer pasal pe erk..hmm td selepas berbuka aku call teman aku yg sgt baik tu..Alhamdulillah lega sket coz dpt dgr suara dia dan dgr dia tersenyum..Aku tahu senyuman dia belum sepenuhnya,masih ada sesuatu yg difikirkan..InsyaALLAH aku doakan dia terus kuat..Itu pasti cukup gembirakan aku...Dia buat aku terfikir tentang hidup seharian..Dia buat airmata aku bisa menitis semalaman..

Dulu sebelum aku kenal dia,aku selalu bertanya itu dan ini pada diri..Aku selalu persoalkan kenapa semua dpt tp aku x...kenapa org lain bahagia tp aku x..kenapa aku dan aku dan aku..ahh mcm2 aku persoalkan dl..tp selepas aku kenal dia,aku belajar byk benda..aku bukan shj nasihatkan dia tp aku jg belajar..Dan kenapa dia?? kerana dia paling istimewa..cukup aku katakan dia teman yg sgt baik..Punya hati yg sgt kuat...Aku sgt gembira berkongsi cerita dgn dia..bukan bermaksud kalian semua tidak baik,kalian jg baik..

Aku nak cerita lagi...tp entah la...cukup la dl kot...aku doakan segalanya dipermudahkan buat kita semua...Aku senang sekali dgn kalian semua...aku syg semua.....Aku harap ukhuwah kita kekal tuk selamanya insyaALLAH....

~Untuk Insan Bernama Sahabat~

Biarlah ia terus berbicara sendiri..
sukar dimengerti..
tp ia amat manis untuk di renungi...
moga kau tabah mendepani hari...
mencari erti sebuah cerita bernama KEHIDUPAN insani..
kelak ia pasti akan terhenti..
moga saat itu kau telah ketemu cinta HAkiki..
menolak segala rasa sakit dihati..
terpana sendiri...
mengecap nikmat sejati...
di syurga yg kekal abadi...:)
InsyaALLAH..
Amir Rayyan
3rd September 2009
6.00am

Salam Ramadhan

Tuesday, 1 September 2009

Sudah Kesebelas...Moga Terus Bersabar...


Assalamualaikum dan Salam Sayang semua....

Alhamdulillah...Sudah masuk hari kesebelas Ramadhan...Ini bermakna Ramadhan memasuki fasa memohon keampunan...10 hari mendatang pintu keampunan dibuka seluas-luasnya...Sama-sama kita ambilkesempatan yg ada dgn memohon keampunan dr ALLAH atas segala dosa2 yg terkadang kita sendiri x sedarinya...Ramadhan amat indah....

Jumaat malam,ALLAH memberi kesempatan buat sy untuk pulang ke kampung..Hati berat untuk pulang..bukan tidak rindu tp amanah kerja membuatkan sy terkadang lupa yg sy juga punya amanah kepada keluarga...Alhamdulillah Allah perkenankan..Urusan sy dikampung amat manis..Berbuka bersama keluarga..Pertama untuk ramadhan kali ini...Jutaan terima kasih buat kemal,lee dan teman2 lain..Yang selalu nasihatkan sy itu dan ini..Kemal terutamanya,merajuk dia bila sy cakap sy x nak blik sbb fikirkan kerja..Lee jg..Thanks jg kat Jiji n abg Yus,walaupun x sempat nak hantr kt bus station mlm tu tp still dpt mkn bubur kacang yg sedapkan??kan??hehe...Syuk juga..teringat malam sebelum balik,ms kat bilik syuk..hmmm emosi sgt time tu...Syuk,aku nangis sebenarnya time tu...Sedih pulak bila ko nak pindah nanti..Tp ingat tau,sekali kawan,sampai bila2 kita tetap kawan k....hmm..thanks juga kat aiman,hntr aku mlm tu..Aiman,awak kawan yg baik...Hmm dan semua teman2 yg lain...Aku sayang korang.....

Dua hari kat kampung,Ahad malam sy gerak ke Melaka..Sebelum tu sempat juga makan kat Pizza Hut dgn dua org Best Frenz kat kampung..Abg Cik n Cik wan...Lama sgt2 x lepak bersama..thanks u guys...Luv both of u so much...Moga ALLAH berkati ukhuwah ini..

Sampai di melaka seawal 7pg,..then sy dan seorang teman gerak ke Johor Bahru...Untuk apa,biarlah rahsia...Hanya ALLAh yg mengetahui...

Untuk seorang teman:

Terkadang kita perlu menangis kerana kehidupan sememangnya begitu...

Terkadang kita terlalu sukar menerima dugaan tp dugaan itu indah sebenarnya...


Terkadang Kita rasakan kita sudah punya yg terbaik tp ALLAH akan hadirkan yg paling baik...


Terkadang kita terlalu rindu pada sesuatu tp sebenarnya rindu itu mengajar kita byk benda...

Terkadang kita salahkan diri bila diuji sebenarnya ujian itu akan memberi kita harga sebuah pengorbanan

Terkadang kita persoalkan kejadian ALLAH,sebenarnya ia adalah untuk diri kita....

Teman, Hidup sememangnya begitu...Ada suka,tangis,bertemu,berpisah..ia resam sebuah perjalanan bernama KEHIDUPAN...semua akan rasainya cuma cara membezakan kita semua...


Teman,Sabarlah...Hari-hari indah pasti tiba...ALLAH tidak menguji jika ALLAH tahu kita tak mampu....

Teman, ALLAH menguji tanda kasih dan sayangNYA pada kita...

Teman, Ingat,menangislah..Pelangi pasti muncul nanti...


Teman,Berdoalah...Itu senjata paling tajam...


Teman,Moga hari-hari mu akan indah nanti..Moga senyuman itu terukir lagi...Moga kau semakin faham erti sebenar ujian ini...Moga kau akan terus tabah...tabah...dan tabah....

Doaku akan iringi langkah mu...Ingat..Ujian ALLAH itu indah sebenarnya...

Dia hadirkan kita petir dan kilat kerana Dia nak gantikan kita dgn Pelangi Yang amat indah...Bersabarlah.....


Salam Ramadhan

Friday, 24 July 2009

Bertamu Di Kalbu

Ku genggam semilir malam
Tika rembulan menyinari
Lalu ku menadahkan
Kata cinta nan suci
Dan akan ku hembuskannya
Tika malam syahdu

Kerana dalamnya
Kasih sedalam lautan
Setinggi mentari
Tak mampu digapai
Oleh khayalan insani
Cuma dinaluri

Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia

Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun terpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri

Ku layarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan ku rentangkan
Sang pelangi suci
Yang pastinya anggun di hati
Bertamu di kalbu


Bertamu Di Kalbu By Jaclyn Victor


Aku x da mood sekarang....hmmmmm...

Salam Sayang

Thursday, 30 April 2009

Terima Kasih C.I.N.T.A




Assalamualaikum Dan Salam Sayang Semua...

Alhamdulillah..berkesempatan kali ni...Hari ni I'm too happy...terima kasih C.I.N.T.A....hehehe..Hari ni sy dpt something yg mungkin biasa pada org lain tp amat berharga for me...WOww...hehehe...Rasa dihargai sgt2...hmmm yg pasti Saya Sayang Dia...hihihihihih...Kepada DIA,sy amat hargai...sesuatu yg indah...Terima Kasih CINTA.....Moga Hubungan ini berkekalan insyaALLAH....





Hmm rasanya cukuplah untuk kali ni...Kepada dia dan semua jaga diri ya...Luv all of u so much..muahxxx...Nanti sy update lg k..insyaALLAH...sampai jumpa lg nanti insyaALLAH...

Salam Sayang

Tuesday, 28 April 2009

~Bila x da Mood...~

Assalamualaikum Dan Salam Sayang..


Alhamdulillah ada kesempatan lg untuk bercerita disini..Permulaan hari yg sgt baik..Alhamdulillah...rasa syukur yg amat..Hmm sy pon x tau napa tp ari ni mmg x da mood sgt2..byk benda yg menyerabutkan fikiran..Byk benda yg harus di selesaikan..Ya ALLAH mg diberi kekuatan dan dipermudahkan segala urusan..bila x da mood mula la nk teringat memori2 dulu..adoi...huhuhuh..rindu btol time study dl..rindu nak berprogram lg...rindu semua lah..huhuhuhuh...kesempatan tu dah kurang skrg..even sy tgh selesaikan pengajian sy pon skrg tp dh byk sgt berbeza..dl sy full time as student,..now dh keje,dgn tugasan keje dan tugasan pelajaran..semua harus diseimbangkan..Alhamdulillah byk sy belajar dr semua ini...Learning Experience...





Sy selalu berdoa moga ALLAH permudahkan jalan sy..Moga segala yg direncanakan dapat dicapai sebaiknya...Tpsy selalu berpesan pd diri..Yg merancang hanyalah kita...tp ALLAH menetukan dan menghadirkan perancangan yg paling sempurna..insyaALLAH...Hari ni membuatkan sy terfikir terlalu byk yg perlu sy perbaiki..Sy jadi..hmm entah lah..susah nk cakap..Bumi United Kingdom yg sy jejak hujung tahun lepas terus menggamit ingatan sy tentang erti cita-cita dan impian..dan InsyaALLAh sy sedang berusaha kearah itu...Org mungkin ingat sy hanya pandai berkata-kata tp semua akan faham jika kalian di tempat sy...





hmm k lah..di sebabkan mood yg kurang (panjang jg ceritanya) sy ltak kt entry kali ni pic2 kenangan tp x byk sgt la..hehehe...dan jg kata2 motivasi tuk diri sendiri dan semua...




Hidup Dan Belajar


“Hanya dengan turun ke jurang derita kita dapat memungut semula permata hidup. Di mana kita tersungkur jatuh disitulah letaknya permata kesayangan. Gua yang kita takut untuk memasuki rupa-rupanya adalah tempat wujudnya apa yang kita cari”

“... Tiada guna mencuba mati-matian... Bernyanyilah bagaikan kau tidak perlukan wang Bercintalah bagaikan kau tak mungkin terluka Menarilah bagaikan tiada siapa menonton Segalanya mesti dari hati untul berjaya”

“Orang yang lebih banyak memikirkan wang daripada orang kaya hanyalah orang miskin”


“Bagaimana menyayangi seseorang? Cuba gantikan dengan perkataan 'menerima'. Penerimaan penuh adalah kasih sayang tanpa syarat”


“Misi kita dalam hidup bukanlah untuk mengubah dunia. Misi kita adalah untuk mengubah diri sendiri”



“Apabila kita bertemu sesiapa ingatlah, itu pertemuan suci. Sebagaimana kita melihatnya, kita akan melihat diri sendiri. Sebagaimana kita melayaninya, kita melayani diri sendiri. Jangan sekali-kali lupakan ini, kerana di dalamnya, kita akan menemui atau kehilangan diri sendiri”




k lah semua...jumpa lagi nanti..sayang korang semua..muahxxxxxxx

Salam Sayang

Tuesday, 21 April 2009

~Happy Birthday MAMA~




Assalamualaikum dan Salam Sayang Semua..

Entry kali ni sy buat khas ntuk my lovely mama..semalam birthday mama..hampir 22tahun sy mengenali mama..seorang wanita yg tabah..yg tegas..mama terlalu istimewa..mama x pernah mengeluh..mama membesarkan kami adik beradik tanpa pernah berkata a'aah penatnya..20 April 1967 mama dilahirkan..anak kedua dalam family...mama,along x tahu nak cakap apa..tapi along sayang mama...along x mampu nak balas semua jasa mama..mama yg lahirkan along dgn penuh susah..InsyaALLAH mama...selagi mampu along akan buat yg terbaik untuk kita sekeluarga..Along Sayang Mama..Along doakan mama akan dirahmati dan terus sihat dan mendapat ganjaran dr ALLAH insyaALLAH...Mama,Doakan along ya...Untuk mama,selamat Hari lahir...Salam Sayang dr Along...MUahxxxxxx..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...