Saturday 21 August 2010

~Palestine In Our Heart~

Assalamualaikum & Salam Ramadhan Kareem....

11 ramadhan 1431H.....Ramadhan makin singkat....hmmm...dihimpit pelbagai rasa bila bersama ramadhan...ramadhan menitip segala rasa...sukar digambar dan yang pasti semua turut rasai yang sama dengan cara berbeza.....Istimewanya ramadhan.....anugerah terhebat dari ALLAH buat umat Rasulullah S.A.W.

Hari ni 21ogos2010......Pada kita ia mungkin sekadar tarikh biasa...tp buat saudara kita di Palestine,pada tarikh yang sama,21 ogos 1969,meninggalkan kesan mendalam dalam jiwa mereka...bukan sekadar mereka tapi mengemparkan seluruh dunia islam...41tahun yang lalu,Qiblat pertama umat islam di Baitul Maqdis,Masjid Al-Aqsa dibakar oleh rejim zionis laknatullah....Ini antara usaha zalim rejim zionis laknatulla untuk menghancurkan Masjid Al-Aqsa dengan tujuan menggantikannya dengan rumah ibadat Israel.



Sejak peristiwa itu,saudara muslim di Palestine tak henti-henti di serang hingga kini...Allahuakbar!!! betapa hebat mereka....kalau kita??terfikir sendiri....Ya ALLAH,bantulah saudara-saudara di Palestine..Berilah kemenangan kepada Islam.....hmmm....

Isu Palestine bukan sekadar isu masyarakat Palestine sahaja tp ia adalah isu sejagat...Al-Aqsa adalah milik mutlak umat islam untuk dipertahankan dan berjuang untuknya adalah satu jihad...Allahuakbar!!! Sempena memperingat Hari Al-Quds,marilah sama2 kita panjatkan doa...doa dan terus berdoa untuk kesejahteraan Palestine dan Al-Aqsa....Moga ALLAH permudahkan dan beri kemenangan buat saudara-saudara di Palestine....Perbanyakkan juga bacaan qunut nazilah...InsyaALLAH hanya doa yang mampu kita titip dari jauh...Moga ALLAH redha....insyaALLAH.....

Untuk tatapan semua,sy kongsikan video ini......Lihatlah,dengarlah dan rasailah ratapan mereka.....ALLAHUAKBAR!!!


Salam Ramadhan

1 comment:

Qarl said...

insyaAllah

1 day..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...