Monday 13 December 2010

~ Dan Mereka ~

Assalamualaikum Semua...

Alhamdulillah..Minggu baru..hari baru...Cerita juga mungkin baru....Kalian sehat? Alhamdulillah,sakit juga anugerah..Lafazkan saja syukur pd Allah..Dalam hidup,kadang orang pandang..Kadang orang tendang..Bukankah itu buat kita terus kuat dan semangat..Muqaddimah biasa..

Kalau punya masalah,kita selalu sandarkan pada Allah..Mohon dan minta panduan..Kita juga cari teman..Untuk kita cerita dan kongsi tangis..Saya selalu pilih untuk menulis..(sekarang menaip) ..Sungguh,sampai saat ini saya belum berada dalam impian..Saya masih bercelaru mencari haluan..Selalu saya saya tersepit ditengah-tengah jalan...Saya faham,segala yang Allah anugerahkan punya tujuan..Saya akan terus nyatakan redha dan harapan.. Doa saya juga buat kalian..

Sudah jauh tersimpang..Berbalik kepangkal tujuan, kali ni saya nak kongsikan dengan kalian..Mereka yang saya anggap seperti Mentor..Saya suka bila mereka mula menulis dan berkongsi cerita..Sungguh saya mengaku,cara berkongsi cerita saya dilaman ini banyak dipengaruhi oleh insan-insan ini..Mereka jugak umpama pemberi semangat dalam senyap buat saya..Dan kali ini saya kongsikan dengan kalian semua..

1. A. Samad Said




Sasterawan Negara ini banyak memberi dorongan buat saya. Karya dan bahasanya indah dan puitis. Beliau seorang yang sgt saya kagumi. Saya suka karya beliau "Kita Ini Tetamu Senja" dan "Ilham Di tepi tasik". Alhamdulillah,pernah bertemu dengan sasterawan hebat ini di Shah Alam pada tahun 2009. (saya cari gambar bersama,tapi belum jumpa)

2. Wan Mohd Hidayat



Laman blog abg dayat adalah antara yang terawal saya baca saat mula berkongsi cerita di blog. Saya suka cara abg dayat. Ada semangat yang diterapkan. Sampai saat ini,laman blog abg dayat antara yang paling kerap saya singgah. Jika rasa tertekan atau punya masalah,laman ini pasti saya cari. Persahabatan dengan abg dayat tidak hanya di alam maya, Alhamdulillah,dah berjumpa beliau tahun 2009 di Miri dan sampai kini,dia antara pemberi semangat yang selalu ada. Terima kasih Allah...

3. Addy Addyaholix


Blog abg adi mula saya kenal selepas abg dayat. Mereka kawan..Dan kini kami berkawan. Abg addy menggunakan bahasa ringkas yang selalu punya maksud tersirat..Dan seperti biasa,saya suka akan kiasan itu. Ini juga laman yang paling kerap saya singgah. Abg adi,terima kasih atas persahabatan ini..Terima kasih Allah.

4. Noor Faiza


Kak faiza,blog ini secara kebetulannya jumpa selepas insiden di UK 2008. Dan secara kebetulannya kak faiza menjadi kawan kepada junior saya yang belajar di sana,sakeena. Alhamdulillah,banyak titipan kata semangat dari kak faiza yang memulihkan saya. Pernah satu ketika kami pernah berangan nak berniaga pisang goreng masa temansya Olimpik 2012 di London nanti. Tersenyum sendiri bila ingat kembali. Terima kasih Allah atas anugerah perkenalan ini.

5. Rozi Abdul Razak



Kalian pasti kenal beliau,antara insan hebat dalam menggerakkan kerjaya seni Dato Siti Nurhaliza. tapi kali ni saya nak ceritakan tentang puitis bahasa beliau. Setiap hari,saya pastu tunggu status baru Kak Zi di laman Facebook. Saya suka bahasanya.Puitis..Owh ya,laman blog kak zi juga antara yang saya baca walaupun sudah lama tidak ada perkongsian baru. Tak sabar rasanya nak tunggu buku hasil tulisan Kak Zi.InsyaAllah,saya doakan yang terbaik. Terima Kasih Allah...

Sebenarnya,banyak lagi yang memberi saya semangat,tp laman-laman diatas antara yang saya suka,sebab bahasanya.mereka umpama MENTOR buat saya.

Sampai sini saja dulu.InsyaAllah,punya cerita ,saya kongsikan lagi. Jaga diri semua..sampai jumpa lagi!!

Salam Sayang

4 comments:

Qarl said...

background song Suatu Masa - M Nasir sedap sgt2

wow! xtau ada wujudnya blog2 sedemikian yg memartabatkan bahasa jiwa bangsa!

::FAIZ:: said...

o A Samad said

addyaholix said...

terima kasih wan. itu saya kira antara penghargaan yang terlalu besar.

Wanpetunjuk said...

Wan...thanks a lot!.I considered this as big recognition for me....
Thanks for keep reading my blog...semoga kita akan terus berkongsi.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...