Thursday 17 February 2011

Ada Apa Dengan Senyum?

Assalamualaikum semua....

Apa khabar semua? Harap baik-baik saja insyaAllah..Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menjalani kehidupan..Kita adalah kehidupan dan kehidupan adalah tentang kita.Perjalanannya singkat..tidak terlalu panjang seperti yang kita selalu sangka..Moga ada sesuatu telah kita sedia sebagai bekal sebab destinasi seterusnya belum pasti bila tiba. Muqaddimah biasa.

Susah sangat kah untuk senyum? Masha Allah,mudah saja bukan. Tapi mampukah kita ukir senyuman paling ikhlas tulus dari hati? Hanya Allah dan diri kita sendiri ada jawabnya. Cerita semalam, waktu keluar dari kereta menuju ke centre,saya terserempak dengan ibu seorang pelajar saya dan pada masa yang sama,saya hampir terlanggar seorang pakcik yang saya kira 40an umurnya. Saya meminta maaf,pakcik itu memandang saya dengan pandangan yang nampak marah. Saya terus berlalu menuju ke centre dan ibu pelajar saya itu berkata ;" kenapalah orang tu kan..tak senyum langsung.." Saya tersenyum dan menjawab,; " Ada masalah mungkin..."

Jelas disini tak semua manusia dapat senyum. Tapi kita lupa yang sebenarnya senyum menggambarkan betapa kuatnya kita menghadapi pelbagai masalah dijiwa.Orang yang tabah sifatnya adalah orang yang sentiasa mengukir senyum biarpun saat itu dia ditimpa pelbagai masalah berat. Bukan senyum sentiasa,takut nanti dianggap gila,tapi sekadar ukir senyum pada orang sekeliling kita agar mereka selesa dengan kita.

Dalam Islam,Senyum adalah satu ibadah.Ia termasuk dalam sedekah. Dalam hal ini Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang di riwayatkan Imam Al-Bukhari dalam Kitabul Adab,;" Dari Abu Dzar,Rasulullah S.A.W bersabda ;"Engkau tersenyum didepan saudaramu adalah sedekah.."

Masha Allah,terlalu mudah mendapat pahala.Hanya dengan sekuntum senyuman yang terukir. Kawan-kawan,ukirlah senyuman.Kita akan temui ketenangan selepasnya.



" Andai kita tak mampu menjadi pohon di atas gunung,jadilah rumput yang menghijau di tanah..."

Jaga diri,moga hari ini lebih baik insyaAllah...

Salam Sayang

14 comments:

mr.syazwan said...

senyum itu mengekalkan awet muda

tpi wan terlebih senyum

sampai tergelak tak ingat

khaakhaakhaa

senyumlah senyumlah ah hai cik mek molek

^_^

JuAn NaSir said...

perasan x, orang skrg ni susah nak senyum kan...hidup makin tensen kowt..hehe.. snyum sokmo...=)

fazd said...

sokong pendapat juan nasir..keadaan yg membuat nye bergitu...
tetapi ada kalanya senyuman yg dilihat adalah palsu...
mungkin disebalik senyuman palsu itu tersimpan ceritera sedih,duka,masalah yg dipendam...atau 1001 lg warna kehidupan yg tersembunyi...
senyum dan terus senyum walapun terpaksa....

Anonymous said...

senyum itu mampu ubah mood kita dan sesiapa punnn

mye said...

snyum suatu prkara yg mdah dlakukan xprlu nak kuar apa2..
huhu..
snyum la biarpn di dlm hati plbagai msalah mlanda dan tengah brkcamuk tp kdang2 dgn snyum ia mmpu mbuatkan dri kte klihatan cool..
huhu

Najeera Yahya said...

ya .. zaman skrg , maslh psikologi meningkat , byk org mgalami kemurungan , jadi apa salahnye kalau kita senyum ...

walaupun dimarah , kumtumkn senyuman kerana smile is a gift ... ^_^

::FAIZ:: said...

senyum seindah suria, yang membawa cahya, senyum la dari hati, dunia mu berseri

aDfeez said...

x susah pun nk senyum...
senyum je.. mcm nie :)

Anonymous said...

nak senyum cam aiman tu lah !;p

Qarl said...

senyum seindah suria
yang membawa cahaya
senyumlah dari hati
duniamu berseri

[ +_+ ] [ =_= ] [ -_- ] said...

Senyum-senyumlah selalu sebelum kita disenyumkan? Hehehihi >_< .

Hezesuze said...

lenkali letak ler gambo akak kt blog uols..sure rmai yg senyum ahakss

Amir Rayyan said...

kalian: terima kasih..saya hargai setiap yang kalian perkatakan...sayang semua.... :)

Shah Alam Dude said...

senyum melambangkan keihklasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...