Tuesday 15 February 2011

Kerana Cintanya





*                   *                    *                      *

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

(Petikan dari Khutbah Terakhir Rasulullah S.A.W di Lembah Uranah,Arafah pada 9 Zulhijjah 10H)


*           *             *            *

Disatu kamar kecil,terbaring satu tubuh Kekasih Abadi hanya berlapik pelepah tamar tanpa tilam empuk seperti saat ini. Insan mulia itu kini sedang uzur dan bertarung dengan rasa sakit yang tak pernah menghimpit.

Ketika subuh menyapa dan saat Bilal selesai melaungkan azan, seluruh muslimin menanti ketibaan tubuh mulia tiba untuk mengimami solat seperti sebelumnya. Lama menanti,pemilik cinta buana tidak jua kunjung tiba. Bilal merapati kamar rumah Baginda Rasulullah S.A.W lantas memberi salam. Lantas dijawab Puteri Baginda Fatimah R.H, "Rasulullah dalam keadaan sakit"  lalu kembali lah Bilal ke masjid.

Saat mentari mula menampakkan diri,sekali lagi bilal kembali ke rumah Rasulullah dan kali ini Rasulullah menjemput Bilal masuk dan baginda Rasulullah S.A.W bersabda kepada bilal ; " Aku ini dalam keadaan sakit, Wahai Bilal,perintahkan sahaja agar Abu Bakar R.A menjadi imam solat.."

Saat Bilal R.A kembali dan memberitahu pesan Rasulullah S.A.W, Abu Bakar R.A pengsan tatkala melihat tempat biasa Rasulullah saat menjadi imam.Suasana riuh dimasjid hingga terdengar oleh Rasulullah lantas diperintahkan Ali R.A dan Abbas R.A,memapah tubuh baginda Rasulullah S.A.W ke masjid.

Sesudah usai solat dua rakaat,baginda Rasulullah S.A.W bersabda kepada sekaliannya;

""Ya ma aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah. Sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua, setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini."  


*             *              *              *

Mentari pagi kian meninggi,sedang pintu rumah Rasulullah S.A.W masih tertutup rapat. Disatu sudut di kamar Baginda Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keringat dikening baginda Rasulullah S.A.W membasahi pelepah tamar yang menjadi alas tidur baginda Rasulullah S.A.W.

Selang beberapa ketika,kedengaran seseorang memberi salam,serta bertanya; " Bolehkah saya masuk?..Lantas dijawab Fatimah R.H ;" Maaf,Ayahku sedang sakit.." Fatimah R.H tidak mengizinkan orang itu masuk. Didalam Rasulullah S.A.W bersabda; ' Siapakah itu wahai anakku.." Fatimah R.H menjawab ; " Tak tahulah ayahku,orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya.."..Lalu Rasulullah S.A.W menatap anaknya dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah setiap badan anak baginda itu ingin dikenang Rasulullah S.A.W.

"Ketahuilah,dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara,dialah yang memisahkan pertemuan didunia...dialah Malakul Maut"; Sabda Rasulullah S.A.W.


*           *            *              *

Malaikat maut datang kepada Rasulullah S.A.W, Baginda Rasulullah S.A.W bertanya,dimanakah jibril?

Lantas dipanggil Jibril yang sebelumnya sudah siap sedia di langit dunia untuk menyambut ketibaan ruh kekasih Allah ini.

"Jibril,jelaskan apakah hak ku nanti dihadapan Allah?" Tanya Baginda Rasulullah S.A.W dengan suara yang lemah. " Pintu-pintu langit telah terbuka.Para malaikat sedang menanti ruh mu.Syurga telah terbuka luas buatmu. " jelas Jibril.

'Engkau tidak tenang mendengar khabar ini? " tanya Jibril. Nyata Rasulullah masih tidak tenang mendengarnya lantas ditanya lagi kepada Jibril; " Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak? " . Jibril menjawab,;" Jangan khuatir wahai Rasul Allah. aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku; "Ku haramkan syurga bagi sesiapa saja kecuali umat Muhammad telah berada didalamnya." ucap jibril.

Saat Izrail menjalankan tugas telah tiba.Perlahan ruh Rasulullah S.A.W ditarik. Berpeluh seluruh tubuh baginda S.A.W serta menegang urat-urat leher baginda.

"Jibril, betapa sakitnya sakaratul maut ini." Rasulullah S.A.W mengaduh perlahan. Fatimah terdiam,Ali R.A menundukkan muka dalam-dalam serta Jibril memalingkan muka. "Jijikkah engkau melihat aku wahai Jibril sehingga engkau memalingkan wajahmu jibril? " Tanya Rasulullah S.A.W kepada malaikat pengutus wahyu itu. " Siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal?" kata Jibril.

" Ya Allah,Dahsyat sungguh maut ini.Timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku,jangan kepada umatku.." ucap Rasulullah lemah.

Tubuh mulia itu mulai lemah dan dingin,bibirnya bergetar seakan ingin mengucap sesuatu.Ali R.H merapatkan telinganya.; "Peliharalah Solat,dan peliharalah orang-orang yang lemah dikalangan kamu.."

Tangisan mula kedengaran, Ali R.A sekali lagi merapatkan telinganya sekali lagi dengan bibir Rasulullah S.A.W;

"Ummati...Ummati...Ummati....(Umatku...Umatku..Umatku...) " .

Dan berakhirlah hayat insan terpuji bernama Muhammad S.A.W. Rasul terakhir dan pemberi syafaat. Masha Allah,Rasulullah S.A.W memperlihatkan betapa cinta dan kasihnya baginda kepada kita semua,umat baginda.

Cukup cintakah kita??? Cukup kasih kah kita?

Moga Allah merahmati Rasulullah S.A.W dan memberi petunjuk buat kita semua.InsyaAllah.

Perbanyakkanlah selawat serta amalkan sunnah serta ajaran baginda Rasulullah S.A.W tanda kasih dan cinta kita kepada baginda. Moga kita mendapat syafaat baginda diakhirat nanti insyaAllah ameen.

Allahumma Solli A'la Muhammad, Wa A'la Alihi Wasohbihi Wasallam.

Salam Sayang

p/s: Kerana Cintanya adalah tulisan berdasarkan kisah hari-hari terakhir Rasulullah S.A.W. (wallahualam)

11 comments:

Adi Luqman said...

indah warkah ni.. :)

::FAIZ:: said...

Semoga Kita Menjadi Umatnya yang Bertakwa. Amin

::FAIZ:: said...

Semoga Kita Menjadi Umatnya yang Bertakwa. Amin

Qarl said...

:smile:

Salam Maulidur Rasul

background song....

mr.syazwan said...

Tiada harapan selain ALLAH...

Tiada idola selain NABI..

Tiada kata seindah QUR'AN..

Tiada jalan seluruh SUNNAH..

Tiada perjuangan selain ISLAM..

Wan said...

semoga kita dapat menjadi Ummat terbaik InsyaALLAH~

fiziskandarz said...

thanks for sharing :) semoga tahun nihs kita jadi lebih baik compare to the previous one :)

mye said...

syahdu coretan ini..
huhu..
ya Allah brtapa sygnya dan mulianya Rasullah saw..
smoga kte mnjadi umatnya yg trbek..
insyaALLAH

aizul marcello said...

=)

karya yg hebat!

DanieL AdiE said...

Beautiful..

Thanx 4 sharing abg amir...

Salam Maulidurrasul..

SyahmiFikri said...

subhanallah..

karya yg hebat sgt!..

Salam Maulidur Rasul!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...