Friday, 1 April 2011

16 Tahun Menemani....

‎|| Perjalanan Hidup Ini Yang Mencabar..
 ..Menguji Segala Kekuatan..
..Dalam Kembara Yang Penuh Debar..
..Ku Berpegang JalanMu Oh Tuhan......‎||

Beberapa ketika semasa cuba mengarang cerita ini,butang 'backspace' ditekan berkali-kali. Mencari ayat mula yang paling sesuai.Akhirnya jadi begini. Saya memulakan dengan cara saya yang tersendiri. Sedar akan kemampuan diri,saya akui ini mungkin cerita biasa yang acapkali saya ulangtaip menggunakan ayat  yang pasti memeningkan kalian sendiri untuk memahaminya. Tapi pada saya ini sesuatu yang terlalu istimewa. Ceritanya,ya saya maksudkan ceritanya.

1 April, 16 tahun yang lalu,permata hati Malaysia ini hadir mewarnai dunia seni tanahair. Saya masih di sekolah rendah pada waktu itu. Saya akui,pada waktu itu saya langsung tidak ambil peduli tentang perjalanan seni beliau. Saya sekadar membesar bersama alunan lagu-lagu beliau. Tumpuan saya pada perjalanan seni beliau hanya bermula bila saya memasuki sekolah menengah. Hampir setiap majalah yang ada cerita tentang beliau saya pasti cuba beli. Ini hanya berlaku sekitar tahun 2003.

E.M.A.S adalah koleksi pertama dari album beliau yang saya miliki. Dan pada waktu itu saya hanya membeli kaset. ( zaman sekolah ). Alhamdulillah,sekarang,hampir semua koleksi album beliau ada dalam simpanan saya. Kenapa beliau? Sebab beliau istimewa. Suaranya,budi pekertinya,pada saya dia lengkap memiliki ciri seorang biduanita sejati. Beliau yang saya maksudkan ialah Dato Siti Nurhaliza.

Buat Dato Siti Nurhaliza,selamat meraikan ulangtahun ke 16 perjalanan bergelar anak seni. Hadir menghibur segenap hati. Moga kejayaan terus diberkati. InsyaAllah.


Terima kasih kerana hadir dan terus memberi.....

Terima kasih kerna terus menghibur setiap hati.....

Terima kasih kerna tiap alunan sentiasa menemani.....

Jaga diri dan moga terus diberkati.......

Itu doa titipan dari semua yang turut meminati.......



2 comments:

::FAIZ:: said...

owh dah 16 Tahun dah.. hebat

coratCORETmania said...

E.M.A.S merupakan antara album terbaik Dato' Siti hihi.
Semua lagu sedap berbaloi kalau beli tapi kaset tu dah hilang hihi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...