Wednesday 27 April 2011

Berlalu

Assalamualaikum Semua..

Hujan, ya hujan pagi ini. Alhamdulillah.. Hujan adalah rahmat yang Allah berikan buat sekalian makhluk-makhluk NYA. Terima kasih Allah,masih memberi kita peluang melihat alam yang indah. Berjalan dan belajar serta menafsir diri. Itu tugas yang sekian lama diberi. Kontrak hidup ini sementara cuma. Tiba masa kita akan kembali meneruskan kehidupan yang kekal abadi. Itu muqaddimah biasa untuk ingatan sendiri.

Berbaki dua hari saja lagi untuk melengkapkan sebulan hijrah saya disini. Alhamdulillah,sukar dan payah dirasa,berkat doa semua dan semangat yang diberi bersama, hijrah itu terasa sungguh indah. Ia banyak mengajar saya untuk lebih mengenali siapa diri dan siapa yang sentiasa ada disisi. Terima kasih Allah kerana menghadiahkan saya keluarga yang sentiasa ada,memeberi segala bantuan dari pelbagai aspek keperluan diri saya, dan anda semua,teman-teman yang memberi saya jutaan kekuatan yang tak terbalas oleh diri sendiri. Hanya Allah mampu memberi sebaik-baik balasan buat semua.

Hidup ini sarat dengan pelbagai cerita yang kita cipta bersama. Sedar atau tidak itu yang menguatkan segala jiwa yang ada. Manusia saling memerlukan dan diperlukan. Sudah berkali saya ulang disini,maaf jika kalian bosan dengannya. Ia tidak lebih dari hanya ingin menasihati diri sendiri. Saya selalu lupa..Dan lupa adalah sifat manusia.

Kerjaya saya? Alhamdulillah saya suka apa yang saya buat sekarang. Pendidikan adalah jiwa saya. Pada saya semua orang adalah pendidik. Tetapi sejauh mana kita menjadi pendidik yang baik,kita sendiri yang tentukan. Sebaik-baik pendidik adalah pendidik yang berjaya mendidik jiwanya supaya terdidik. Terlalu banyak untuk diberi erti tentang pendidikan. Dasar langsung tak pernah sama dengan rasa jiwa. Lihat saja pendidik diluar sana. Korban segala demi mencipta satu bangsa berjaya. Itu hanya pada saya. Kalian pasti punya maksud berbeza. Saya tidak suka berbicara tentang masalah pendidik durjana kerna pada saya pendidik itu perlu punya jiwa, hilang jiwa hilang lah cara dan rosaklah bangsa..Menjadi seorang yang terdidik bukan mudah. Ada usaha yang perlu dikerah.

Saat ini,masa sukar dan payah masih saya rasa. Saya langsung tidak pernha menidakkannya. Tetapi itu adalah anugerah paling berharga. Tak semua turut merasa. Moga ini adalah satu proses pembersihan jiwa.Maaf sekali kerna cerita ini selalu saya ulang-ulang sama, kerna saya cuba memberi semangat pada jiwa.


Sengaja letak gambar sendiri.... :)

Banyak pulak yang saya cerita. Hampir keluar dari tujuan asalnya. Maaf dan maaf. Itu yang saya pinta. Andai ada yang rasa terluka. Jaga diri semua. Kalian sentiasa yang teristimewa.

Salam Sayang

3 comments:

::FAIZ:: said...

AMir, Very Nice Picture, Stylo....

mr.syazwan said...

teruskan kehidupan

asam garam dalam kehidupan itulah saat kita perlu tabah menerimanya

insyAllah selamat semuanya

miss u abg

=_=

ewanthology said...

menjadi pendidik itu mulia

teruskan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...