Wednesday 11 May 2011

11.05.11 : Happy Birthday Mentor


Assalamualaikum Semua...

Ini cerita saya yang ke 300 sejak saya mula berpindah ke laman baru ini. Memasuki tahun ke 3 di laman ini dan angka 300 itu terjadi pada tarikh yang istimewa. 11.05.11. Ada yang lebih istimewa untuk hari ini.

Cerita saya hari ini adalah untuk memberi satu penghargaan dan ucapan teristimewa buat seseorang yang melalui coretan serta bahasanya yang puitis saya diberi semangat untuk terus "menaip" disini. Pada saya setiap bahasa didunia punya keindahan tersendiri.Penghargaan buat insan ini pernah saya titip disini (sila klik dibawah):



|| Buat Kak Zi, Selamat Hari Ulangtahun hari ini...Moga hidup terus diberkati...Disayangi dan dikasihi setiap yang berada disisi...Terus berdiri dan mengisi hari... Tabah menempuh segala dugaan yang diberi...Itu doa dari semua yang mengenali...:)||
Dan disini saya titip kembali ucapan Kak Zi dari laman mukabuku :

|| 11511: Turunlah bintang dari Bimasakti, berkata-katalah saat ulangtahun tiba hari ini; aku mahu seribu tahun lagi, khayalan yg tak mungkin terjadi, bagaimana mahu kulenyap selama 37 tujuh tahun berkongsi semua ini, aku menghirup udara dan bernafas pada nyawa kurnia Ya Rabbi, sesungguhnya sgt dekat dgn hati mahu kuucapi, betapa tingkat syukur di persada atas sekali. Ya...terlalu indah apa yg tlh ternikmati.||
Selamat Menikmati Hari Kak Rozi Abdul Razak...

Ini kenangan semasa showcase CTKD tahun lalu

Salam Sayang

1 comment:

::FAIZ:: said...

dia cantik kan? hp bday utk dia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...