Thursday, 5 May 2011

Wahai Diri

Assalamualaikum Semua

Hampir seminggu juga laman ini dibiarkan sepi tanpa sebarang cerita. Sebetulnya,sebelum saya kongsikan cerita ini,saya ingin kongsikan satu cerita istimewa buat kalian. InsyaAllah dalam cerita yang akan datang..

Kalian apa khabar? harapan saya semua dalam keadaan sihat insyaAllah. Alhamdulillah saya masih diberi kesihatan untuk meneruskan tugas seharian. Terima kasih Allah. Manusia akan selalu diuji, ujian itu anugerah paling berharga & buat manusia itu berbeza !!

Setiap manusia diuji dengan cara yang berbeza. Hanya dengan melaluinya kita akan merasai tentang susah. Jangan menyerah!! Teruskan usaha dan berserah... Allah sedang berikan kita anugerah..Percayalah!!! Mudah menuturkannya bukan,sukar bila melaluinya. Itu hakikat..

Dalam hidup kita kena belajar menerima.Menerima tentang kekurangan sendiri dan belajar tentang kelebihan orang lain.Owh ya,kita kena belajar memberi sesuatu dengan ikhlas kerna Allah pasti balas.

Sampai sini saja cerita biasa saya.Saya sedang cuba memberi nasihat pada jiwa. Saya harap saya mampu terus senyum seperti biasa dan kalian juga. Terima kasih kerna singgah dan baca. Saya terlalu menghargainya. Jaga solat,diri dan hubungan sesama.

Salam Sayang

p/s: Takziah buat keluarga Abg Arm yang telah kehilangan bonda tercinta awal pagi tadi (04.05.11). Al-fatihah.

3 comments:

::FAIZ FARISH:: said...

Al Fatihah untuk Bondanya

DanieL AdiE said...

Adie juga perlu nasihatkan jiwa dan hati ni...

maria-el-qibtiah said...

Salam amir..lama tak dgr cerita. ape cerita kisah Nabi Muhammad yang amir buat aritu??dpt tak ape sy bg idea skit aritu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...