Saturday 25 June 2011

Fantasi Dunia



Assalamualaikum Semua

Sudah lama dunia berbicara tentang demokrasinya. Sana sini sibuk perjuangkan hak itu dan cuma meraih nama. Seolah segalanya mereka yang punya. Saya? Hanya membenarkan segala yang dipanggil 'demokrasi' dunia.

Ia tentang hak..kebebasan untuk melafaz bicara itu mutlak. Ya manusia bebas untuk setiap tutur dan tindak. Namun terfikirkah tentang rasa yang berpihak? Manusia mungkin lupa untuk itu dan buat-buat pekak.

Namun pada saya, demokrasi perlu bijak dihalalkan bersama tindak yang berwaras akal. Bukan sekadar mengungkap salah sedang diri sendiri masih tak kenal. Saya kira manusia kian lupa mana satu ciptaan yg asal. Mungkin hilang dalam semangat yang tak kebal. Rebah dalam kamus sesal..

Saya akan terus membenarkan demokrasi berkata-berkata. Kerna dari situ saya kenal empunya bicara. Tentang kecewa dan rasa yang tersemat didada. Ya demokrasi itu milik semua dan bersuaralah untuk meyakinkan dunia bahawa demokrasi yang dicanang itu benar belaka sedang kau sendiri tak pernah cuba memahami maksudnya. [Saya hanya tersenyum saja,melihat sesetengahnya berdansa dengan kata sedang tidak tahu apa erti disebaliknya.]

Jaga solat,diri dan hubungan sesama. InsyaAllah,kembali nanti mengisi cerita..

Salam Sayang

2 comments:

sea_lavender said...

nice kate2 demokrasi tu~~
dlm soal perjuangan hak..sme2 kte fikirkan peranan kte sbnr trlebih dahulu..kini brbeza sna-sini bicara soal perjuangn namun blum mampu utk tanggung rsikonya..(renungan buat diri ni juga)

Anonymous said...

manusia mentafsir 'demokrasi' dlm pelbagai cara...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...