Wednesday 13 July 2011

The Making of Insan Ilahi

Duduk dari kiri Sajjad, Rabbani, Husayn & Hisbi dan dibelakang Sayyed Abduh


Assalamualaikum Semua

Seperti yang telah saya nyatakan dalam entry sebelumnya,kali ini saya akan ceritakan tentang " The Making of Insan Ilahi". Pasti kalian tertanya-tanya tentang apakah "Insan Ilahi" bukan. Akan saya jelaskannya disini insyaAllah.

"Insan Ilahi" adalah projek album nasyid bersama antara Children Islamic Centre (CIC) Malaysia & Children Islamic Centre (CIC) Indonesia. Siang tadi saya telah berkesempatan untuk mendengar keseluruhan lagu yang bakal dimuatkan dalam album ini,pada saya, ia bukan suatu penghasilan yang biasa, ia sesuatu yang luar biasa. Hampir keseluruhan melodi dan alunan liriknya buat hati saya seperti jatuh cinta pandang pertama.

Keseluruhan lagu-lagu yang terdapat dalam album ini dinyanyikan sepenuhnya oleh Sayyed Abduh,penyanyi dari tanah seberang bersama kanak-kanak Children Islamic Centre (CIC) Malaysia & Indonesia.InsyaAllah,Album ini akan dipasarkan dalam masa terdekat. Jangan lupa dapatkannnya nanti ya.. InsyaAllah akan saya kongsikan lagi disini nanti. :)


Jaga solat,jaga diri &hati serta hubungan sesama.

Salam Sayang

Nota:
#Untuk maklumat lanjut tentang Children Islamic Centre ( CIC ) kalian boleh lawati www.cic.net.my
#Rabbani dalam gambar diatas baru sahaja kehilangan Ibu beliau yang mengidap barah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...