Saturday 2 July 2011

New Maths Program

Assalamualaikum Semua

Alhamdulillah,membiarkan laman ini senyap dari ceritanya untuk beberapa hari lalu. Sedikit sibuk menyelesaikan pelbagai tugasan. Alhamdulillah,sesuatu yang indah bila kita lakukan apa yang kita suka. Buat pengetahuan semua,pada tanggal 29hb June 2011 yang lalu,genaplah usia 3bulan saya mencari rezeki di tempat baru, Children Islamic Centre. Alhamdulillah ia satu momen yang cukup indah bagi saya. Saya kira ini satu anugerah. Dalam payah saya mengharungi kehidupan,Allah anugerahkan tempat mencari rezeki yang buat saya rasa cukup tenang. Terima kasih Allah. [Akan saya kongsikan lebih pada cerita akan datang. Tentang 100 hari saya disini,insyaAllah].

Selalunya manusia hanya berfikir sekali.Terkadang manusia terus membuat kata putus tanpa memikirkan hasil selepasnya. Dan terkadang yang lain semua itu akan membuatkan manusia belajar untuk lebih bijak menilai. Jika masih punya peluang,gunakanlah!

Cerita kali ini tentang satu program baru yang dilancarkan di Children Islamic Centre,Program New Maths. Alhamdulillah sambutan yang diberikan sangant menggalakkan. Untuk pengetahuan semua,program ini dihasilkan di Taiwan dan kira-kira 300 000 ribu kanak-kanak menyertai program ini setiap tahun. Atas inisiatif pihak pengurusan Children Islamic Centre melalui CEO, Pn Hajjah Qutren Nada, program ini dibawa ke CIC untuk di ajar dan didedahkan kepada para pelajar di CIC khususnya dan Malaysia amnya.

Keistimewaan program ini ialah,melalui program ini,kanak-kanak akan didedahkan dengan kemahiran logika dan pembangunan IQ.Antara kelemahan yang dapat kita lihat dalam diri kanak-kanak serta masyarakat ialah kurang menitik beratkan elemen logika dalam mengambil keputusan dalam hidup. Program ini secara tidak langsung meransang kanak-kanak untuk menggunakan kemahiran berfikir secara lebih mendalam.

Program ini terbuka kepada pelajar berumur seawal 3tahun sehingga 12tahun.Kepada para pembaca yang singgah disini dan berminat boleh melawati laman rasmi Children Islamic Centre ( CIC ) di www.cic.net.my atau boleh menghubungi HQ CIC di talian 03-88892979

Bersama ini saya sertakan beberapa gambar yang diambil di CIC Bandar Tun Hussien Onn semasa sesi pengenalan New Maths tadi (2th July 2011).


Kepada teman-teman yang singgah disini,kalian juga boleh LIKE page Children Islamic Centre ( CIC) [ Sila klik pada gambar dibawah ini]



Sampai jumpa lagi..Rejab telah pergi..Syaaban sedang kita lalui..Ramadhan sangat dinanti!! moga Allah beri kesempatan insyaAllah.Jaga solat,diri dan hubungan sesama.

Salam Sayang

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...