Wednesday 6 July 2011

Rebah Tidak Mengalah

Gambar Lama

Assalamualaikum Semua...

Kalau tanya tentang perasaan yg ada dalam jiwa,sungguh saya akui,sejak beberapa bulan ini hati saya memang tidak cukup tenang. Banyak yang terpaksa ditempuh dan diredah. Alhamdulillah,ia semangat serta anugerah dari Allah. Saya terima bukan untuk sekadar pasrah tetapi tidak mahu jadi insan yang rebah dan kalah. Dugaan bukan diberi untuk merasa susah,tetapi untuk diterima sebagai hadiah.. Terima kasih Allah.

Terkadang saya bertanya sendiri,kenapa jadi begitu,mengapa tidak begini. Bila saya muhasabah kembali,mungkin ada kesilapan dari dalam diri,dan Allah mahu saya belajar lagi. Sungguh saya makin mengerti. Kenapa saya hanya bicara tentang rasa hati dan diri sendiri? sebab cerita saya disini adalah cerita tentang hati.

Sesiapa yang mengikuti saya di laman mukabuku dan twitter pasti mengetahui,saat ini tokwan (atuk) saya sedang berjuang dengan rasa sakit yang Allah beri. Atas permintaan beliau sendiri,semalam telah diadakan majlis bacaan Yaasin & doa selamat di kampung & Alhamdulillah segalanya lancar. Sungguh hati saya gusar. Hanya doa,doa & doa yang saya titip serta sabar..

Siang tadi mendapat panggilan dari seseorang yg sudah saya anggap seperti abg. Kata-katanya banyak dititip bersama nasihat dan azimat. Sedikit tenang. Hidup akan ada yang suka kita dan akan byk yg benci kita. Saya bersedia untuk itu kerna kita kenal siapa kita.. Manusia tidak pernah sama. Belajarlah untuk menerima bukan memaki atau diherdik dihina. Andai tidak suka,luputkan saja dari minda.. Jangan buang masa mencari dosa. Kerna kita bukannya banyak pahala.

Nanti saya sambung ceritanya. Terima kasih kerna singgah dan berkongsi rasa. Kalian terlalu istimewa dihati saya dan saya terlalu hargai seluruh jiwa. 

23hari untuk Ramadhan, Moga diberi kesempatan oleh NYA InsyaAllah. Jaga solat,jaga diri & hubungan sesama.

Salam Sayang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...