Monday, 8 August 2011

8 Ramadhan....



Assalamualaikum...

Dah 8 hari Ramadhan datang... Ramadhan akan pulang..Tak tahu sempatkah lagi bila Ramadhan akan datang semula. Moga ini yang terbaik dan masih diberi peluang. Hari ini aku nak sambung cerita.. Cerita tentang hati.. 

Hampir setiap hari sejak 8 hari yang lalu juadah berbuka aku masak sendiri. Bazar? Sekadar singgah.. Ada sekali aku beli Nasi goreng n kuih. Hari ini aku beli kuih sahaja. Lauk pauk,aku selesa masak sendiri. Alhamdulillah. Bila masak,itu tandanya aku rindu Mama...Arggh...6tahun  Ramadhan jauh dari keluarga. Hujung Ramadhan baru dapat peluang berbuka bersama. Alhamdulillah,sekurang-kurangnya Ramadhan masih datang dan Allah masih beri aku peluang..

Eid tahun ni pasti ada acara wajib baru. Ziarah pusara Tokwan. Sungguh,aku rindu Tokwan. Nak tahu kenapa tiada satu entry pon pasal hari pemergian Tokwan aku cerita kat sini? Sebab bila aku mula,aku jadi sebak hingga aku tak mampu teruskannya. Biar saja aku simpan dalam jiwa. [Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu a'nhu] Al-Fatihah... :(

Alhamdulillah, Buat semua selamat meneruskan pesta ibadah. Gunakan masa ini sebaiknya. Tahun mendatang belum tentu kita punya peluang. Moga Allah redha,tetapkan iman dan istiqamah kita semua. InsyaAllah.

Selamat Berpesta Ibadah!!

Salam Ramadhan Kareem

2 comments:

mr.syazwan said...

al fatihah...

atuk wan pun da tiada da

acara wajib menziarah pusaranya nnt

salam Fuuuyooo ramadhan

::FAIZ FARISH:: said...

teringin nak rasa Amir masak.. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...