Monday, 1 August 2011

Satu Berlalu, Menanti Dua...

Juadah berbuka kegemaran saya...


Assalamualaikum 

Alhamdulillah selesai hari pertama Ramadhan. Moga terus bersemangat melaksanakan bulan madu indah bersama Ramadhan. Masanya kian singkat buat kita. Tahun mendatang belum tentu kita miliki. Moga Allah permudahkannya buat semua insyaAllah.

1 Ramadan 1432H saya berlalu tenang. Berkesempatan untuk sahur bersama teman serumah,saya memilih untuk makan roti telur bersama kurma dan air. Alhamdulillah. Program Tadarus Al-Quran di tempat kerja saya juga bermula pada waktu rehat tengah hari tadi. Alhamdulillah antara yang menjadikan hari pertama Ramadan saya begitu terisi. Usai kerja,saya singgah di bazar Ramadhan di Presint 15,membeli juadah berbuka. Yang pasti tepung pelita menjadi pilihan utama saya tiap kali Ramadhan tiba. Terima kasih Allah. Sebentar tadi,saya juga sempat berjemaah menunaikan solat sunat terawih bersama teman serumah. :)

Serba sedikit cerita tentang hari pertama Ramadhan saya. Sekadar ingin berkongsi ceritanya bersama dan saya pasti baca semula. Moga kalian selalu beroleh yang terbaik dalam kehidupan. InsyaAllah. 

Rasulullah s.a.w bersabda : 
“Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa)”.
[al-Baihaqi dan ibnu Khuzaimah].


Selamat Berpesta Ibadah!!!

Salam Ramadhan Kareem

5 comments:

Qarl said...

adikko berazam. dari 1 ramadhan - 5 ramadhan berbuka masak sendiri. pergi bazar ramadhan start ramadhan ke 6 je

mr.syazwan said...

u reti masak ke Qarl??? wow!

HAHA

alhamdulilah pengisian di bulan Ramadhan abg terisi dengan perkara2 berfaedah.. syukur dan tahniah

=_=

::FAIZ FARISH:: said...

haha komen qarl...

maria-el-qibtiah said...

Salam Ramadhan. Selamat memasak sahur n berbuka. Zero bazaar tahun ni, boleh? :-)

Ibrahim Ismail said...

Wahh bagusnya. Tak apalah ke bazaar niat untuk membeli juadah dan pada masa yang sama bersedekah (kalau semua nak masak, kesian la orang yang berniaga betul tak?). Yang penting tidak boros dan lebih penting belilah makanan yang toiyyiba (menyihatkan). Jangan lepas puasa berat mendadak naik (macam saya ni risau juga lepas tarawikh selalu orang bagi moreh). Selamat beramal!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...