Wednesday, 24 August 2011

Terima Kasih Allah



Assalamualaikum & Salam Ramadhan 

Alhamdulillah, sudah memasuki hari-hari akhir. Sudah 24 Ramadhan...Masa sungguh pantas berlalu..Moga Allah terima segala amal & tetapkan istiqamah. InsyaAllah. Hampir seminggu membiarkan laman ini tanpa cerita. Sungguh istimewa hari ini. Berjaya menghabiskan yang ke 30 bersama teman-teman sekerja. Alhamdulillah,terima kasih pada Allah yang tanpa henti mengurniakan rezeki. :)

Menerima sampul berisi duit raya pemberian CEO hari ini. Terima kasih Pn Hajjah Qutren Nada atas pemberian ikhlas tersebut. Moga Allah terus murahkan rezeki dan berjaya insyaAllah...Terima kasih buat teman baik saya, Syahrir Azfar yang tolong kecilkan nilai duit untuk saya isi didalam sampul kuning . [sila rujuk gambar diatas..hehehe..] Alhamdulillah. :)
Buat semua teman-teman,moga rezeki yang kita ada ini tidak hanya untuk kita kerana ia adalah hasil untuk dikongsi. Jangan lupa zakat fitrah,pemberian kepada ibubapa dan keluarga serta manusia sekeliling. Moga Allah terus limpahkan rahmat & redha dengan kita semua. InsyaAllah.. :)

Jaga diri semua,selamat meneruskan pesta ibadah. Moga terus istiqamah. InsyaAllah.

Salam Ramadhan

4 comments:

Sarah Zulkipli said...

Bestnya! Nak satu sampul amir. :P

Qarl said...

woot woot

::FAIZ FARISH:: said...

amir nak duit raye pepel blh? hehe

ayie said...

encik amir.. saya student lagi..leh kan nak duit raya..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...