Thursday 24 November 2011

23.11.1987 - 23.11.2011

Assalamualaikum semua

Masanya bergerak pantas....23 sudah berganti 24 hampir 24jam yang lalu..Alhamdulillah, usia bertambah lagi. Alhamdulillah masih bernafas dibumi. Alhamdulillah, masih punya segala disisi dan berkongsi.Alhamdulillah atas segala kurnian ilahi.Allahuakbar.

Banyak yang ingin dikongsi nanti,sebelum itu biar ini mendahului dan menutup hari. Tentang 23.11.2011.

Terima kasih Allah atas segala nikmat hingga detik ini....
Terima kasih Mama atas segala pengorbanan selama ini......
Terima kasih Abah atas segala keringat yang tiada berganti.....
Terima kasih adik-adik Along yang teramat disayangi......
Terima kasih sahabat,teman dan kawan serta sesiapa yang mengenali......
Terima kasih buat sesiapa sahaja yang menghargai dan membenci.......

Dua puluh empat bakal dilalui......
Dua puluh tiga sudah pergi membawa ceritanya sendiri....

Aku?
Masih mencari....
Belajar dan masih cuba untuk memahami serta mahu mensyukuri.....
Tentang cerita hati dan diri.....
Dan tentang apa jua yg dilalui sebelum ajal menjemput diri......

Angkanya nampak bertambah setahun lagi....
Sebenarnya sedang berkurang dalam maksud tersendiri....
Doa & harap ia lebih diberkati...


140 ucap dan doa di laman mukabuku, 14 di Twitter, 10 di skype, 3 sms, 1 call....Moga segala doa dan ucap kalian dirahmati dan diberkati insyaAllah.. Saya terlalu menghargai....

Salam Mahabbah

2 comments:

DanieL AdiE said...

1st: Happy Birthday Abg Amir once again...

2nd: Sangat suke perenggan last..

'Angkanya nampak bertambah setahun lagi....
Sebenarnya sedang berkurang dalam maksud tersendiri....
Doa & harap ia lebih diberkati...'

Sangat benar kata-kata itu...

3rd: Teruskan menjadi insan hebat yang sentiasa menghargai mereka disisi...

All the very best abg..

::FAIZ:: said...

Amir, seperti biasa... ayat anda memang indah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...