Tuesday 8 November 2011

Kembara Jiwa



Assalamualaikum semua

Alhamdulillah, kembali mengisi cerita tentang hati. Hari ini memulakan kerja seperti biasa setelah beberapa hari bercuti. Hari tasyriq berbaki sehari. AllahuAllah. Bakal pergi lagi hari-hari mulia ini. Moga Allah pertemukan kita lagi nanti. InsyaAllah. Buat yang menjalani ibadah qurban tahun ini, moga keikhlasan hati dan segala amal diterima dan diredhai insyaAllah.

Seperti yang selalu saya bicarakan saat berkongsi disini, ia tentang hati. Hati yang saya maksudkan adalah diri saya sendiri. Penulisan yang saya kongsikan adalah untuk saya kembali baca dan bermuhasabah sendiri. Manusia itu lupa, ya kita sering terlupa tentang itu dan ini tapi ada sesuatu yang jarang kita lupa,kita jarang lupa melihat kesalahan manusia lain.

Saya sendiri selalu terlupa tentang itu. Bila tersedar,jarang pula kita akui dan selalu mahu memenangkan diri. Ya Allah, moga kita semua terhindar dari sifat ini. Rasanya cukup biar ringkas begini. Huraian yang panjang kadang-kadang mengundang pelbagai emosi yang kita jarang sedari. Oh kenapa berkongsi tentang ini? Ia sekadar cerita biasa yang lahir dari hati. Ia pelajaran buat saya untuk hari ini.

Sesetengah beremosi..Sesetengah berfantasi..Sesetengah lupa diri...Amat sedikit yang memikirkan tentang diri dan mereka yg ada disisi...Muhasabah wahai diri!!

“..dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari masalahnya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang dia tidak sangka. dan sesiapa bertawakal kepada Allah, maka cukuplah Allah itu baginya (untuk menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala urusanNya. Allah telahpun menentukan kadar bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.."
[Surah al-Talaq: 2-3].

Jaga solat, diri & hubungan sesama....InsyaAllah jumpa lagi! :)
Salam Mahabbah

4 comments:

Anonymous said...

Selamat berkorban.. :D

Qarl said...

ok background song Emosi - Sheila Majid

mr.syazwan said...

insyAllah

::FAIZ:: said...

take care amir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...