Saturday 26 November 2011

Salam Hijrah!!



Assalamualaikum Semua,

Alhamdulillah, 30 Zulhijjah 1432H hari ini. 1432H akan meninggalkan kita semua kurang beberapa jam sahaja lagi. Setahun yang bakal berlalu ini akan meninggalkan kita dengan seribu satu senyum,tangis,silap dan pembetulan serta pelajaran. Yang terdidik adalah jiwa dan diri.

Hakikatnya, Muharam adalah bulan pertama perkiraan tahun hijrah. Dan peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w tidak berlaku pada bulan Muharam tetapi pada akhir bulan safar. Rasulullah s.a.w memasuki Madinah (Yathrib) selepas solat jumaat, 12 Rabiul Awwal. [Rujuk info dari web Dr Maza ],(lihat perincian: al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum, 163-172. Beirut: Muassasah Fuad).

Hijrah? Sejauh mana kita cuba untuk memahami maksudnya. Saya sendiri belum memahami. Masih banyak langkah yg tersasar tanpa saya sedar. AllahuAllah. Kenapa begitu? Itu persoalan yang selalu kita soalkan tanpa pernah kita cuba untuk mencari jawapan. Jawapannya adalah kita.

Azam dan perubahan?Kita selalu berazam tapi kita lupa pada perlaksanaan dan perubahan. Saya selalu lupa itu dan diakhir tahun ini saya masih selalu lupa. Wahai diri, Telah berlalu setahun,harap ia bukan sesuatu yang rugi dan bukan bekal yang basi. Lemah sungguh wahai diri. 

1433H akan datang,sesuatu yang belum pasti sepenuhnya kita miliki. Muhasabah lagi. Jika sebelumnya kita bertemu Ramadhan, tahun ini belum lagi kita pasti miliki yang sama. Kita berazam? Ya azam. tapi harapnya kali ini kita juga lakukan perlaksanaan dan perubahan. Pesan ini buat diri sendiri yang selalu alpa dengan kata sendiri! Allahuakbar.

Buat teman-teman, saya dengan rasa rendah diri memohon maaf sekiranya ada terguris rasa, terkasar bahasa, tertegur mana-mana yang tak kena yang buat kalian terkilan rasa. Semoga tahun baharu ini membawa rahmat keampunan dan kebahagian buat kita semua insyaAllah. Kullu 'Aam Wa Antum Bikhair InsyaAllah..

Jom baca doa akhir dan awal tahun!




Salam Hijrah...

3 comments:

sharul izam said...

salam maal hijrah..:)

FYDA said...

salam,
nice blog! keep it up!
moge2 bjaye penuhi semua azam baru!
feel free, jemput singgah blog sye yg blum ade sethun jagung pn lagi..
http://shelovesbuns.blogspot.com/
thanks =)

Anne said...

Hijrah itu membntuk perpaduan Islam...Semoge penghijrahan ini beroleh keberkatan dan mnjd insan y lebih baik.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...