Tuesday, 13 December 2011

Dirgahayu Tuanku

Assalamualaikum teman-teman,

Menjunjung kasih & ucapan tahniah buat KDYMM Al-Mu'tasimu Billah Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Ibn Almarhum Sultan Badlishah & KDYMM Sultanah Hajjah Haminah Hamidun atas perlantikan sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong & Raja Permaisuri Agong ke 14.



Alhamdulillah, Ini adalah kali ke 2, Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dilantik memegang tampuk pemerintahan sebagai Ketua Negara Malaysia selepas dilantik kali pertama pada 21 September 1970 untuk tempoh lima tahun yang berakhir pada 20 September 1975.

Semoga Allah limpahkan rahmat dan panjangkan usia Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah & Tuanku Hajjah Haminah sepanjang tempoh pemerintahan baginda berdua. Allahumma Ameen..Allahuakbar! Dirgahayu Tuanku.



Menjunjung kasih dan ucapan tahniah juga buat KDYMM Sultan Muhammad V atas perlantikan baginda sebagai Timbalan Yang Di-Pertuan Agong. Semoga Allah rahmati Tuanku Sultan Muhammad V dalam melaksanakan amanah baginda. InsyaAllah. Allahuakbar! Dirgahayu Tuanku.


Menjunjung kasih serta ucapan selamat buat Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke 13, Sultan Mizan Zainal Abidin & Tuanku Nur Zahirah yang telah tamat tempoh perkhidmatan. Semoga Allah memberi rahmat buat baginda berdua. InsyaAllah.
Allahuakbar! Daulat Tuanku.

Salam Mahabbah

3 comments:

sharul izam said...

daulat tuanku..:)

Qarl said...

sukelah kedah kan! hiks

izan said...

Semoga Allah lanjutkan umur Tuanku...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...