Saturday 10 December 2011

Gerhana Bulan 1433Hijrah



Assalamualaikum teman-teman

Sekadar ingin berkongsi bersama kalian. Malam ini fenomena pertemuan antara matahari dan bulan akan berlaku lagi. Kurang beberapa jam sahaja lagi untuk peristiwa itu untuk tahun 1433Hijrah. Ia adalah fasa purnama Muharam 1433H yang sama dengan kemuncak gerhana penuh dan jangkamasa bulan melewati kawasan bayang dalam bumi ialah selama tiga jam 22 minit sehingga gerhana berakhir pukul 12.18 pagi.

Dikesempatan ini saya ingin mengajak teman-teman semua untuk turut serta mengerjakan solat sunat gerhana seta memperbanyakkan doa. Gerhana adalah salah satu dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Subhanallah! Moga Allah redha dan rahmati kita semua insyaAllah.

Cara menunaikan solat sunat gerhana:

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرو بنِ العَاصِ أَنَّهُ قَالَ: لَمَّا انْكَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ نُودِىَ بِ ( الصَّلاَةُ جَامِعَةً ) فَرَكـَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ قَامَ فَرَكـَعَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ جُلِّىَ عَنِ الشَّمْسِ. فَقَالَتْ عَائشَةُ: مَا رَكَعْتُ رُكُوعًا قَطَُّ. وَلاَ سَجَدتُ سُجُودًا قَطَُّ. كَانَ اَطْوَلَ مِنْهُ.

Maksud: Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, beliau berkata: “Tatkala matahari gerhana pada masa Rasulullah SAW, maka diserukan : ‘as solatu jami`ah’. Lalu Rasulullah SAW melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian berdiri lagi dan melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian matahari kembali muncul. Aisyah berkata: “Aku sama sekali tidak pernah melakukan ruku’ ataupun sujud yang lebih lama daripada itu”
(Sahih Muslim 2-hlm: 81) 




           Rakaat pertama
1. Niat solat Gerhana, Takbir
2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah
3. Rukuk
4. I’tidal
5. Baca Al-Fatihah dan surah
6. Rukuk.
7. I’tidal.
8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.
Rakaat kedua
1. Niat solat Gerhana, Takbir.
2. Baca Al-Fatihah dan surah.
3. Rukuk.
4. I’tidal,
5. Baca Al-Fatihah dan surah.
6. Rukuk.
7. I’tidal.
8. Sujud
9. Tahiyyat Akhir
Rasulullah S.A.W bersabda: 
 "Apabila kamu semua melihat kedua-duanya (matahari dan bulan mengalami gerhana), bersegeralah solat."
[ Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1046.]
Salam Mahabbah 

15 comments:

Athirah | Coral Tulip said...

terima kasih atas perkongsian yang sangat membantu. :)

Unknown said...

gerhana bulan . . indahnya ciptaan Allah ..

cik ella said...

xdpt nk tgk :( ari ujan

si ngokngek said...

tengok jugak tdi,cantik,amazing betol..

indah ciptaan ALLAH..hee

Unknown said...

alhamdulillah....indahnya ciptaan Allah...

Sarah Abdullah said...

thanks 4 sharing..malam td ada google jugak cara nak solat sunat gerhana..jumpa..tapi version dr entri awak ajar step by step dan mudah faham ;) thanks ya

dayu_myself said...

cantik sangat gerhana bulan semalam...
tapi, syang dpt tengok sekejap jek..
awan kat Kl tebal sngt tutup bulan....huh...

Asosiasi Penulis Islam said...

alhamd. bagi yg sudah menjalankan sunnahnya...

eddy syrol said...

smlm tak sempat sgt tgk gerhana penuh..hujannnnn...tp Alhamdulillah, buat solat sunat.. first time buat.. (~_~)

anamizu said...

cik ana pon first time buat.. terima kasih share entry ni.. byk manfaat :)




*terime kaseh AR sudi singgah blog cik ana ^___^


slm kenal,
cik ana

najwa aminah abas said...

saya tengok gerhana semalam. cantik! :)

Ray ban Malaysia said...

Subhanallah..xsempat tgk smlm..=(

miera said...

salam ... alhamdulillah , miera sempat tengok gerhana semalam :)

btw, miera da follow blog rayyan ... cool ! :)

Hidaya Sarbini said...

terlepas tengok gerhana bulan lagi. sy x pernah buat solat sunat dia.. =(

Hidaya Sarbini said...

terlepas tengok gerhana bulan lagi. sy x pernah buat solat sunat dia.. =(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...