Sunday 4 December 2011

Jom Puasa 9 & 10 Muharam!!


Assalamualaikum semua

Alhamdulillah, sudah seminggu di tahun baharu 1433Hijrah. Alhamdulillah, Allah memberi kita peluang dan ruang untuk merasai dan memperbaiki. Hari ini saya punya kisah sendiri yang terjadi. Alhamdulillah, kaffarah dosa-dosa lalu mungkin. Terima kasih Allah. Dan buat kalian, saya ceritakan yang terjadi dalam perkongsian akan datang insyaAllah.

Esok, 5 Disember 2011 bersamaan dengan 9 Muharam 1433H. Dan lusa genap 10 Muharam 1433H. Apa keistimewaan keduanya? Hari ke 9 Muharam atau lebih dikenali dengan Hari Tasu'a dan 10 Muharam dikenali dengan Hari 'Asyura. Hari 'Asyura tidak sahaja disambut kedatangannya oleh umat Islam tetapi 'Asyura juga turut diraikan oleh orang Yahudi yang turut berpuasa pada hari 'Asyura.

Berpuasa pada Hari 'Asyura dan turut didahului dengan Hari Tasu'a adalah sunnah yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. Antara hadis-hadis Rasulullah s.a.w tentang puasa 'Asyura ialah:


عن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم صام يوم عاشوراء وأمر بصيامه. مُتَّفّقٌ عَلَيهِ
Daripada Ibn Abbas r.a.:“Bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan agar berpuasa padanya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka).
عن أبي قتادة رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم سئل عن صيام يوم عاشوراء فقال: ((يكفر السنة الماضية)) رَوَاهُ مُسلِمٌ.
Daripada Abu Qatadah r.a. : bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa hari ‘asyura. Baginda menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”.(Riwayat Muslim)
وعن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُما قال، قال رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم: ((لئن بقيت إلى قابل لأصومن التاسع)) رَوَاهُ مُسلِمٌ.
Daripada Ibn Abbas r.a. beliau berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda, “Sekiranya aku masih hidup sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan” (Riwayat. Muslim).
Semoga kita semua dapat bersama-sama menghidupkan amalan sunnah Rasulullah s.a.w ini dan moga kita semua berada dalam rahmat Allah dan sentiasa istiqamah dalam amal. InsyaAllah.

Jom Puasa 9 & 10 Muharam Teman-Teman!!

Salam Mahabbah

[Sumber Rujukan Hadis dari laman Dr Maza: http://drmaza.com/home/?p=1300]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...