Thursday 1 December 2011

Ombak Rindu : Terbaik!!



"Redha itu ikhlas....Pasrah itu menyerah......."

Assalamualaikum semua

Catatan ringkas. Sekadar berkongsi pandangan sendiri. Saya bukan pengkritik seni tetapi penonton yang cuba hadir disetiap kali dan memberi sokongan kepada mereka yang menghasilkan sesuatu atas nama seni.

Ombak Rindu, sesuatu yang dinanti dan diungkap disetiap bibir yang meniti. Ya,untuk beberapa ketika,masa jarang saya miliki untuk menonton sebarang hasil seni yang keluar saban minggu dan hari. Alhamdulillah, Ombak Rindu buat saya mencuri sedikit waktu untuk turut menghayati karta yang pada asalnya adalah novel yang diadaptasi.

Saya suka jalan cerita yang digarap Pengarah Terbaik Anugerah Skrin; Osman Ali
Saya suka lakonan Maya Karin yang sungguh menyentuh hati
Saya suka lakonan Aaron Aziz yang cukup terkesan dalam diri
Saya suka lakonan Lisa Surihani yang penuh emosi
Paling penting,saya suka filem ini!!!


Kepada sesiapa sahaja jika berhajat menonton Ombak Rindu, sila pergi dan hayati kerna kalian tidak akan rasa rugi.

Dari 5 saya beri 4bintang dari jiwa insan bukan seni.....



Salam Mahabbah

2 comments:

khalila ishak said...

alamakk..... mcm best je ni. nak tgk sangat, tp belum ada masa lagi.. huhu

Qilaa Amir said...

yup , dh tgk :) sgt beesstttt kan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...