Thursday, 15 December 2011

Semalam!



"Persahabatan itu terlalu istimewa buat mereka yang tahu menghargai"

Assalamualaikum teman-teman

Terlalu banyak definisi manusia tentang kawan,sahabat juga teman. Manusia sendiri terkadang lupa akan definisi sendiri. Ya kita akan selalu beri ingat dan selalu lupa. Itu manusia. Dan seperti biasa ia muqaddimah sekadar pesanan buat diri.

Kali ini saya mahu coretkan tentang pengalaman semalam. Indah sungguh ukhuwah yang Allah anugerahkan. Semalam Allah izinkan pertemuan dan Allah turut anugerahkan kesempatan untuk ucap salam perpisahan. Moga ia perpisahan sementara dan waktu masih ada untuk kembali bersua.

Semalam saya cuma ada 5 minit dan sepatutnya ia adalah waktu yang telah terlepas tetapi Allah izinkan jua. Terima kasih Allah. Pada saat perkongsian ini ditulis, mentor saya,sahabat & juga seorang abg yang banyak memberi saya semangat pasti sudah selamat tiba nun jauh dibumi penuh berkat meneruskan urusan kehidupan.

Pagi tadi waktu bangun dari tidur,saya masih teringat tentang semalam, cemas,sedih,senyum dan harapan. Pelbagai rasa itu bersatu dan hati saya ketika itu hanya menyatakan "Aku redha jika tak punya waktu untuk bertemu". [Waktu sepatutnya Abg Wan Hidayat masuk sebelum berlepas adalah jam 7.40pm dan pada waktu ini saya belum pon keluar dari Putrajaya -pasti kalian dapat bayangkan pecutan yang berlaku]

Jam 8.05pm saya masih dijalan dan balai perlepasan itu belum nampak dari pandangan dan saya hanya tiba 5min selepas itu. Abg Wan Hidayat sudah diturun kebawah. [Drama sungguh semalam!] 

Terima kasih buat Abg Wan Hidayat sebab tunggu hampir setengah jam. Dan moga dua naskhah yang sempat aku "baling" dari atas ke bawah itu memberi sesuatu yang buat kita saling ingat mengingati. [Naskhah itu adalah karya Dr 'Aidh Abdullah & Zahiril Adzim - "Jadilah Hamba Allah Yang Sejati & Bogel Menuju Tuhan]

Buat Abg Wan Hidayat,selamat berjuang. Moga segala urusan dipermudahkan insyaAllah. Itu doa yang tak pernah putus. Moga masih diberi peluang untuk bertemu nanti! InsyaAllah. 

Ini laman milik Abg Wan Hidayat (Sila klik disini ), moga kalian juga temui sesuatu yang bermanfaat dilaman tersebut.

Salam Mahabbah

9 comments:

Qarl said...

wah baling2? bleh buat cerekarama.

Amir Baker said...

Betul2. Boleh buat cerekarama. Kawan awak tu pegi mana?

Wanhidayat said...

Wan...trima kasih byk2. Abg dah selamat sampai kat Arab....syukur alhamdulillah...

Terima kasih atas 2 naskah semalam. Abg sungguh terharu.....doakan kejayaan abg. Jaga diri baik2 dan lakukan yg terbaik utk diri sendiri dan mereka yg wan sayangi....

fadzli said...

cerita smlm antra saya dan amir hampir sama cuma watak,lokasi,jalan cerita dan waktu sahaja yg berbeza..

hampir 1 bln mereka berkampung disini
dan smlm hari terakhir.

untuk amir:insayallah dapat bertemu kembali ngan abg wan
unutk abg wan(wpun xkenal tp ader gak membaca blog):semoga tabah mengharungi perjalanan kehidupan dsana..

FULL STOP said...

Lumrah alam:
setiap pertemuan mesti wujud pepisahan.

zaty said...

bogel menuju tuhan tu dpt byk positif komen tuu..apa pn semoga ukhwah yg terbina berkekalan :)


jom singgah
http://hisomi.blogspot.com/
thanks :D

farz said...

blogwalking...

Iznie said...

semoga bersahabat hingga ke syurga.. :)

semua entri bermanfaat.... :D

deeya said...

indahnya persahabatan yang terbina ini .. semoga ukhuwah berkekalan ke akhir hayat :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...