Saturday, 10 March 2012

Alhamdulillah ; Terima Kasih Allah!



||Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".||

[Al-Baqarah: 286]

Assalamualaikum teman-teman

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Segala puji hanya bagi Allah,Pemilik sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan tercinta,Rasulullah s.a.w,ahli keluarga serta seluruh sahabat baginda. 

Alhamdulillah, pasti ada yang sudah mengetahui jika singgah ke laman mukabuku atau terlihat di twitter saya, pagi tadi saya terlibat dengan kemalangan sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah. Alhamdulillah,saya bersama seorang teman selamat. Cuma kereta saya agak teruk kecederaannya. Allahuallah.

Kejadian tadi buat saya bermuhasabah sendiri. Kereta adalah pinjaman yang Allah beri untuk kemudahan,bahkan segala isi yang kita miliki didunia adalah pinjaman hasil rezeki kurniaan Allah. Lalu apakah yang hendak kita kesalkan jika ia apa yang dipinjamkan itu hendak ditarik sebentar. Bersyukurlah! 

Kejadian tadi juga mungkin juga kaffarah atas dosa-dosa saya selama ini, Astaghfirullah. Moga Allah mengampuni dan memberi rahmat buat kita semua insyaAllah.

Tipu andai saya kata saya tidak sedih, ia adalah rasa yang akan lahir sendiri. Mengikut perancangan asal, saya akan mula bercuti dikampung bermula selasa ini dan saya akan terlibat dengan beberapa tugasan semasa di Kedah nanti. Hikmah pasti mengiringi! InsyaAllah.

Selepas selesai segala urusan; bertemu doktor dan laporan polis serta rehat dirumah, saya hubungi mama,Alhamdulillah,mama lebih tenang menerima berita.Sungguh,saya rindu rumah dan cuti minggu depan adalah antara yang saya tunggu! Hikmah pasti mengiringi.InsyaAllah..Perancangan Allah adalah yang terbaik.Allahuakbar!

Buat semua, maaf andai ada salah saya yang tanpa saya sedar dan buat kalian terguris rasa. Moga Allah merahmati kita dan menjauhi kita dari segala musibah insyaAllah. Sungguh ujian itu indah. Sungguh ujian itu anugerah! Alhamdulillah.

Salam Mahabbah

2 comments:

ERIS ERISYA said...

Ujian Allah mengingatkan kita...

InsyaAllah akan menguatkan kita..

Tabahlah wahai sahabat...

Semoga kuat ye...

Wanpetunjuk said...

Assalam Wan...

Abg suka cara Wan ekspresi apa yang berlaku itu. Semoganya atas kehendak dan izinNya. InsyaAllah ada rahmat dan hikmat yang baik buat Wan.

Selamat bercuti dan semoga baik2 selalu....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...