Sunday, 1 April 2012

Sukar!

Senja 1 April 2012........
Assalamualaikum teman-teman,

Alhamdulillah...Lama sungguh tidak singgah dan berkongsi kisah...#muqaddimah.

Hidup mempunyai beberapa fasa. Fasa-fasa tersebut adalah untuk mendidik dan mengiringi langkah kita di dunia. Kita hanya pengembara. #muhasabah

 “ Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,pada hal ianya amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”
 [Al-Baqarah: 216]

Untuk beberapa ketika ini, hati saya sedikit bercelaru. Memikirkan tentang segala perkara yang berlaku... Betapa Allah anugerahkan kita segalanya untuk memberi kita yang terbaik dan buat kita ingat selalu.. Allahuakbar! Terima kasih Allah.. 

"Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya."
 [Hadis Riwayat Thabrani dari Abu Umamah - Hadis Qudsi]

Saya masih berfikir sehingga saat perkongsian ini ditaip. Moga apa jua keputusan yang saya buat kelak tidak menyinggung mana-mana jiwa yg dekat.. Moga ia hijrah yang lebih baik untuk saya.. Moga ia menguntungkan semua yang terlibat... Moga sesiapa jua yang berada dekat,menerima dengan penuh hemat...Moga ia satu keputusan yang diredhai Allah dan mendapat berkat. Saya hanya mahu memberi yang terbaik dan sesungguhnya perancangan Allah itu adalah yang terpaling baik! Allahuakbar.

Selepas beberapa ketika, keputusan sukar ini sekali lagi datang menyapa. Maaf!

Salam Mahabbah

4 comments:

eyjalukman said...

tkpe , smoga stiap kputusan tu mdpt keberkatan dr-NYA :)

eyjalukman said...

tkpe , smoga stiap kputusan tu mdpt keberkatan dr-NYA :)

keli menari said...
This comment has been removed by the author.
keli menari said...

semoga mendapat keputusan diberkatiNYA :) amin .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...